Friday, August 14, 2009

Pengertian Ugama dan Tanda-tandanya

Ilmu Agama
Pelajaran 1

Erti Agama
Ugama itu ialah undang-undang atau perlembagaan ciptaan Allah yang diletakkan tanggungjawab ke atas sekalian hambanya melalui rasulNya (Muhammad SAW), seperti mengenal sifat-sifat Allah, sembahyang, puasa, zakat, haji dan sebagainya.

Tanda tanda Berugama
Adapun tanda-tanda atau alamat-alamat adanya ugama pada diri seseorang hamba itu empat perkara:
1. Betul Pegangan (Iktikad)
- iaitu percaya serta yakin betul dan benarnya segala perkara dan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah
- dengan itu, kita hendaklah kenal siapa Iman Feqah Ahli Sunnah Wal Jamaah? siapa Iman Tauhid Ahli Sunnah Wal Jamaah? siapa Iman Tasawwur Ahli Sunnah Wal Jamaah?

2. Betul Tujuan
- maksud betul tujuan disini ialah (a) ibadat yang terlindung niat, (b) beramal dengan hati yang jujur dan tulus ikhlas

3. Seperti Janji
- iaitu mengerjakan segala perkara yang diperintah Allah untuk dikerjakan

4. Jauh Larangan
- iaitu meninggalkan segala perkara yang dilarang oleh Allah

…nantikan sambungan dalam Pelajaran 2
• lebih info dan kefahaman hendaklah dirujuk dalam kitab-kitab Mutiara Tauhid oleh Abi Luqman
• carilah ilmu Agama walau dimana anda berada dan pastikan ilmu itu dituntut secara bersana’ (berguru)
• singgahlah di Pondok Terusan Pasir Tumbuh, terokailah ilmu agama disana kerana banyak sekali ilmu kitab dan sebagainya yang diajar. Ingatlah, sehari disana ibarat sebulan dikampung
• tulisan ini hanyalah cebisan ilmu yang kupetik dari kitab Mutiara Tauhid, hanya untuk mengingatkan diriku dan saudaraku. InsyaAllah

No comments: