Wednesday, September 16, 2009

Tautan Mahhabah Bersama Anak Yatim

Assalamualikum….

Baru – baru ini aku ada join satu program yang dianjurkan oleh Kelab Surau Tun Razak (K. STAR) dengan kerjasama Jawatan Kuasa Saudara Kita (JKSK) UTM. Program tersebut dinamakan Tautan Mahabbah Bersama Anak Yatim. Program tersebut dijalankan di Baitul Darul Hannan di Johor.

Alhamdulillah, aku sangat bersyukur ke Hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan inayah-Nya, maka dapatlah aku turut serta dalam program tersebut walaupun terdapat sedikit kenkangan masa yang sering laju meninggalkan diri ini. Sekali lagi ku panjangkan rasa syukurku ke Hadrat Ilahi kerna program ini banyak memberikan pengajaran di samping ilmu – ilmu yang bermanfaat. Sangat rugi kepada mereka yang tidak turut serta.

Kami bertolak dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada jam sekitar 2.00 petang dan tiba di Darul Hannan sekitar 2.30 petang. Sejurus tiba, aktiviti yang dijalankan adalah Ucapan dan Suai Kenal ataupun lebih dikenali dengan nama Ice Breaking. Setelah itu, sekitar jam 3.00 petang, program diteruskan dengan aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK) 1 iaitu program melukis, menulis dan membentangkan logo ciptaan kumpulan masing – masing. Di sini, aku sangat kagum dengan seorang penghuni Darul Hannan yang mana hanyalah baru berusia 11 tahun atau darjah 5 mampu berhujah dengan penuh lantang disamping isi – isi dan kosa kata yang cukup membanggakan. Ku harap, bakat semulajadi sebagai seorang penhujah dan pemidato yang wujud dalam diri pelajar tersebut mampu disuburkan dan tidak dipersiakan kerana ianya adalah kebolehan 1 dalam 1000. Di samping program LDK 1 ini juga, setiap penghuni di Darul Hannan di berikan 1 belon sebagai barang amanah yang diertikan sebagai Iman. Ini bermaksud, pelajar atau penghuni tersebut hendaklah menjaga belontersebut daripada dirampas atau diconteng oleh fasilitator yang terlibat. Ini kerana andai belon mereka dirampas atau diconteng, ini bermaksud, iman mereka telah tercalar.


Pelajar Muslimin Darul Hannan Bersama Kami

Pelajar Muslimat Darul Hannan Bersama Kami

Seterusnya, secara ringkas, setelah solat Asar, kami secara berjemaah membaca Mathurat dan menjalankan aktiviti LDK 2 iaitu tayangan mengenai kisah Nabi Daud. Sekitar jam 6.30 petang, aktiviti LDK 2 tamat dan para fasilitator, pelajar- pelajar juga pengurus dan penjaga di Darul Hannan sama – sama bersiap untuk iftar secara berjemaah. Setelah selesai solat maghrib, makan, terwih dan sebagainya, program diteruskan dengan aktiviti muhasabah diri sempena dengan Ramadhan yang telah berlalu dalam lebih kurang 15 hari.

Alhamdulillah, kesimpulan yang boleh dibuat disini adalah, program ini sangat baik dan andai ada masa suatu ketika nanti, ku harap program seumpama ini dapat dijalankan secara berkala dan berterusan. InsyaALLAh. Secara keseluruhannya, program ini berjalan lancer walupun ada sedikit masalah dari segi masa dan waktu… InsyaALLAH sama-sama kita baikinya….


Aku berbaju Melayu Hijau.... Bersama Fasilitor lain dan dua pelajar Darul Hannan

Salam Ramadhan

1 comment:

Asma' Anuar said...

salam..mumtaz!

ana rasa enta boleh besarkan lg size font..kecik sgt..

wassalam