Wednesday, October 14, 2009

Aku Kembali Lagi

Assalamualaikum Sahabat Semua...

Pertama-tama dan selama-lamanya kita panjatkan rasa syukur kita yang tidak terhingga ke Hadrat Allah Yang Maha Esa.... di atas kurniaan-Nya kita masih lagi menghirup udara yang segar dengan kedua rongga hidung kita, masih lagi melihat menggunakan dua pasang mata pancaindera kita, masih lagi mendengar menggunakan kedua belah gegendang telinga kita, masih lagi merasa bagaimana itu pahit, masin, masam, tawar dan manis menggunakan keliatan dan kelembutan lidah kita dan masih lagi merasai bagaimana itu geli, bagaimana itu gatal, bagaimana itu sakit dan bagaimana dan bagaimana menggunakan seluruh kulit yang tersiat di badan kita dan masih lagi menggunakan segalanya walaupun ada kekeurangan di mana sahaja namun ingatlah kelebihan datang bersama....

Sebelum kalam ini ku mulakan kembali, ku ingin sekali memeohon seribu kemaafan atas kehilangan ku selama ini... Bukan niat di hati tidak mahu menulis, namun kengkangan masa itu yang menghalang diriku... InsyaALLAH... Selepas ku tamat peperiksaan akhir ini, ku akan mula menulis lagi... Doakan diri ini agar dapat meluangkan masa untuk berkongsi ilmu dengan sahabat semua...

InsyaALLAH... Kehadiran ku nanti akan ku hiasi dengan penampilan yang baru dengan gaya penulisan yang berbeza dari sekarang dan dahulu... InsyaALLAH... Doakan ku ya para sahabat... Bimbingan dan komen mahupun komentar dari kalian semua amat ku nantikan agar dapat ku garapkan suatu penulisan dan puisi yang bukan sahaja berkualiti bahkan juga mempunyai nilai yang tersendiri di samping ketersiratan isi yang mendalam dan memukau hati...

Sekali lagi, ku akan paparkan nanti jadual penulisan ku dalam posting yang baru... akan ku bahagikan antara penulisan berbentuk ilmiah, islamic, persoalan dan juga pendapat serta lain-lain...
InsyaALLAH....

SALAM PENA BUAT RAKAN SAHABAT YANG TERCINTA DAN KU SEGANI

No comments: