Thursday, October 15, 2009

Majlis Berbuka Puasa (SPT)

Bertetapan dengan tarikh 14 September 2009, kami pelajar tahun satu Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik) telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa (SPT) buat pertama kalinya setelah kami mendaftar diri di Universiti Terbilang Malaysia yakni Universiti Teknologi Malaysia.
Majlis ini juga merupakan Majlis Jamuan Makan yang pertama di kalangan kami pelajar tahun satu SPT. Secara tidak langsung, pengarah kepada majlis ini adalah 'Azzim serta dibantu oleh seluruh ahli-ahli yang mengambil jurusan yang sama.
Tidak lain dan tidak bukan, tujuan kami mengadakan majlis ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama kami dan Alhamdulillah, objektif program ini dilihat berjaya oleh kami semua. Sekarang kami semua ibarat air yan dicencang tak akan putus. Begitulah perumpaan yang mampu ku siratkan dalam perhubungan kami dan InsyaALLAH, ku berdoa pada Ilahi agar hubungan yang dibina di atas Nama Yang Maha Agung, ALLAH Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang akan tetap kukuh dan utuh walau badan berkecai, walau nyawa terpaksa dikorbankan...
InsyaALLAH...
Cukuplah celoteh ku buat kalam yang ini....
Mari kita lihat aktiviti yang dijalankan....................................


Nie la Pengarah Program nie.... Amirul 'Azzim



Kami juga ada buat aktiviti.... Pertukaran hadiah kata orang...
ha... ni la hadiahnya... Hehe


Ini aku yang tangan tongkat dagu tu.... Sebelah tu Abang Azizi... Orang panggil dia Abang Ajis



hehe.... Ni antara serikandi yang bakal jadi Guru Matematik nanti...



Wah.... Lazatnya ayam.... Sape yang buat tu????


We all together .... Before majlis tamat....

Again... In another position... Hehe...


Ha... Kenalkan... Cikgu Mardhiah....

ni pula orang panggil Cikgu Syakila....
Itu lah antara gambar yang sempat ku masukkan... InsyaALLAH...
Ada masa nanti... Aku postingkan lagi...
Jap... Sebelum ku tutup tirai kisah ini, nak bagitau kat kawan2 sume yang mana sesuatu yang tak dirancang telah berlaku malam itu....
nak tahu apa...
Esokkan harinya adalah hari jadi pengarah Program...
Selamat Hari Jadi n Semoga Panjang Umur...
K lah... Wassalam....

No comments: