Wednesday, October 28, 2009

Tanggungjawab Seorang Wanita

1. Seorang wanita solehah lebih baik daripada 1000 orang lelaki soleh.
2. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1000 lelaki yang jahat.
3. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
4. Seorang isteri yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana manjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
5. Isteri yang lihat suami dengan kasih sayang dan suami lihat isteri dengan kasih sayang Allah s.w.t. akan pandang dengan penuh rahmat.
6. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar pada jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih dahulu daripada suaminya, akan jadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan dalam syurga dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada Yakut.
7. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah s.w.t. akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah s.w.t. bagi 12 tahun pahala ibadat.
8. Wanita yang perah susu binatang dengan Bismillah akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
9. Wanita yang uli / kamil tepong dengan Bismillah Allah s.w.t. akan berkati rezekinya.
10. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami Allah s.w.t. akan izinkannya memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
11. Wanita yang hamil akan dapat pahala• Berpuasa pada siang hari dan• Beribadat pada malam hari.
12. Wanita yang picit suami tanpa disuruh dapat pahala 7 tola emas, manakala wanita yang picit suaminya bila disuruh akan dapat pahala 7 tola perak.
13. Seorang suami yang redha akan isteri ketika meninggal dunia, Allah s.w.t. mewajibkan syurga bagi isterinya.
14. Seorang wanita yang solehah lebih baik daripada 70 wali.
15. Jika suami mengajar isterinya satu masaalah (agama) akan dapat pahala 80 tahun ibadat.
16. Di syurga semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah s.w.t. Sedang semua manusia sibuk hendak berjumpa dengan Allah s.w.t., tetapi Allah s.w.t. akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah (tetap). Antara kelebihan berpurdah ialah;
• Allah swt. akan tingkatkan Nur pada wajah, 13 kali ganda daripada wajah asli. Kecantikan wajah seseorang wanita terletak bila Allah swt. beri nur wajah ini.
• Manfaat di dunia dengan memakai purdah sepenuhnya. Di syurga Allah swt. beri 70 kali ganda kecantikan La'ibah ketua bidadari. Ini merupakan satu rahmat dan nikmat dari Allah swt.
• Saidatina Fatimah r.a berkata kepada Rasulullah s.a.w; "Wahai Rasulullah s.a.w, jika seseorang itu dapat menjaga auratnya adalah manis daripada madu tetapi untuk mengamalkannya adalah lebih halus daripada seurat rambut kerana untuk menjaga seurat rambut adalah payah."
• Saidatina Fatimah r.a dapat menjaga auratnya dengan sepenuhnya hingga di akhirat kelak apabila ia hendak melintasi titian Sirat, Allah swt. memerintahkan semua orang supaya tunduk dan berpaling pandangan mereka dari melihat Saidatina Fatimah r.a. Beliau sungguh memandang berat pada aurat hingga beliau meninggal dunia maka kebumikanlah di waktu malam supaya tiada siapa dapat melihat samaada beliau kurus atau gemuk, tinggi atau rendah.
17. Perempuan yang memakai kain yang nipis dan jarang untuk menarik perhatian laki-laki yang bukan muhrimnya atau memakai segala yang mendatangkan keghairahan pada orang lain, maka dia tidak akan mencium bau syurga.
18. Seorang wanita yang menyambut baik suaminya yang datang dengan kemarahan, Allah s.w.t. berikan padanya ganjaran setengah pahala jihad.
19. Allah s.w.t. berkati dalam rezeki apabila seorang wanita memasak dengan zikir Bismillah.
20. Allah s.w.t. melaknat wanita yang sengaja mendedahkan auratnya kepada lelaki yang bukan muhrimnya.
21. Kepada wanita yang tidak menutup aurat, Allah s.w.t. berfirman:hiduplah dengan apa yang kau suka.
22. Nabi s.a.w. bersabda: "Tiga orang yang tidak diterima shalat / sembahyangnya (tidak diberi pahala shalatnya) dan tidak diangkat kebajikan mereka kelangit ialah:-
• Seorang hamba yang lari dari tuannya sehingga dia kembali.
• Seorang isteri yang dimurkai oleh suaminya sehingga suaminya redha.
• Orang yang mabuk hingga dia sedar kembali.
23. Seorang wanita yang membersihkan rumahnya dengan berzikir pahalanya seolah-olah ia membersihkan kaabah. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir dapat pahala seperti menyapu di Baitullah.
24. Ibadat bagi malam hari dan siang hari seperti puasa bagi wanita yang mengandung.
25. Selepas seorang wanita melahirkan anak, Allah s.w.t. sediakan pahala 70 tahun sembahyang dan puasa. Setiap kesakitan pada satu-satu uratnya melahirkan anak itu, Allah s.w.t. memberi satu pahala haji mabrur.
26. Apabila seorang wanita meninggal dunia ketika melahirkan anak, dia dikira mati syahid.
27. Apabila seorang wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis di waktu malam dengan sabar, Allah s.w.t. memberi pahala 1 tahun sembahyang dan puasa, akan dapat satu pahala daripada setiap titik susu yang diberikannya.
28. Kalau wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh iaitu 2½ tahun, malaikat dari langit datang membawa khabar gembira iaitu Allah s.w.t. mengurniakan / wajib syurga baginya.
29. Apabila seorang wanita memberi makan dengan taat, tanpa khianat kepada suaminya yang pulang dari musafir, maka Allah s.w.t. memberikannya 12 tahun ibadat / solat nafil.
30. Nabi SAW bersabda, maksudnya:"Seorang wanita yang redha mengandung bayi hasil perhubungan dengan suaminya yang sah dan suaminya redha pula kepadanya, maka Allah akan memberi ganjaran pahala sepertimana pahala puasa fisabilillah. Bila dia merasa sakit ketika akan melahirkan anak, maka Allah tambah lagi pahala yangtidak terkira oleh manusia oleh kerana terlalu banyaknya. Bila telah melahirkan anak dan dia menyusukan dengan susunya sendiri, maka setiap seteguk susunya, Allah akan berikan satu kebajikan. Bila sia semalaman tidak tidur kerana mengawasi (menjaga) anaknya yang sekejap-sekejap menangis, sakit dan sebagainya, maka allah beri lagi pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dalam Fisabilillah dengan ikhlas."(HR Hassan bin Sofwan, At Tabarani, Ibnu Asakir)
31. Mengenai layanan terhadap suami, Rasulullah SAW bersabda kepada anaknya Fatimah RHA yang bermaksud:" Mana-mana wanita yang melayani suaminya; meminyakkan rambut suaminya, menyikat janggutnya, menggunting misainya, memotong kukunya, maka di akhirat dia diberi minum oleh Allah daripada air syurga dan dia diringankan seksaan ketika sakaratul maut (ketika saat kematian), dalam kubur dia perolehi taman-taman seperti taman syurga dan namanya dicatat sebagai orang yang terlepas daripada seksa neraka dan selamat melintasi Tititan Sirat tanpa menempuh kesusahan."

No comments: