Tuesday, December 15, 2009

Pengalaman Pertama... Hahaha

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia dan Selamat Membangun Bersama Islam...


Hehe... kali ni saya hadir bukan untuk tulis atau berceloteh pasal akademik sangat... Cuma nak kongsi sedikit pengalaman la dengan sahabat - sahabat tentang pengalaman pertama saya dalam menaiki kereta api ni... Maafla, mungkin bahasa yang akan saya gunakan dalam penulisan kali ini agak kelihatan pasar sedikit... Sebenarnya, ini adalah kerana penulisan kali ini hanyalah sedikit celoteh yang hanya keluar dari titis minda yang lahir dan terus ku terjahkan ke atas komputer riba ini, maka terhasillah satu penulisan yang tidak seberapa ini... Bukan bertujuan apa - apa... Cuma ingin berkongsi pengalaman buat teman - teman dan ianya merupakan salah satu aktiviti bagi diri ini untuk mengelakkan diri daripada tertekan dengan bebanan yang entah datang dari mana dan mungkin bertindak bertalu - talu menerjah ke dalam fikiran ini...
Jadi, sementara itu, sudi untuk saya kongsi satu idea dan cara yang mana mungkin dapat mengurangkan sedikit tekanan yang mungkin menyebabkan diri kita berada dalam keadaan tertekan, (mungkin)... Caranya cukup mudah dan bagi orang Islam ianya merupakan satu sedekah yang amat mudah untuk dilaksanakan namun ganjaran yang amat besar tetap jua menanti... Apa itu??? em... Itulah SENYUMAN.... "Mulakan Hari Anda Dengan Senyuman" ... Walau setinggi mana dugaan dan ujian yang mendatang, walau setangkas dan sepintas mana pun msalah itu mendatang, hiaslah wajah anda dengan senyuman... Dan, InsyaALLAH... Masalah itu... secara tidak sedar, ianya merangkak dan merayap keluar bagai ular menyingsing ke taman..

em...

Berbalik kepada cerita dan pengalaman pertama saya itu tadi...

hem... memang amat lucu... nak buat macam mana, pengalaman pertama la katakan... Kisahnya bermula dengan ku tersalah tempah tiket... haha... asalnya nak beli tiket dari Johor ke Kelantan, sekali da tersalah beli tiket dari KL ke Kelantan... Maka terpaksalah kami naik dua keretapi... aduh... sakit betul... Nak x nak, kena jugak dari burn terus duit kami tu... haha... Maka naiklah kami train dari JB ke Gemas dengan kelas ekonomi.. huhu... amat sakit... huhu... sakit satu belakang ku...
Seterusnya tibalah kami di hentian Gemas. Apa yang saya tahu la kan, hentian Gemas ni adalah antara hentian keretapi yang terlama di semenanjung Malaysia ni, tapi alangkah sedihnya kami apabila melihat keadaan hentian tersebut... Amat usang sekali... Seterusnya perjalanan kami bermula lagi dari Gemas ke Kelantan... Kali ni, barulah best, dapat seat VIP yang tidur... Alangkah indahnya dapat tidur... hem...
Tidur punya tidur, x sampai-sampai juga train kami... Amat lama... Ku anggarkan perjalanan kami pada hari tersebut adalah lebih kurang 15 or 16 jam... Bayangkan, separuh hari tu kami di atas train... X taulah apa yang nak buat... HUHU... anda semua boleh bayangkan sendiri la macam mana rasanya...
Tu lah ceritanya..... hajatnya nak masukkan gambar... tapi internet ade problem la plak.... lain kali lah... InsyaALLAH
Assalamualikum...
Gambar da boleh masukkan... rentetan sambungannya ada dalam Pengalaman Pertama (1)

No comments: