Sunday, January 3, 2010

Erti Percayakan ALLAH

Pelajaran 4

Erti percayakan Allah iaitu mengaku dan percaya bahawa ada Tuhan yang menjadikan langit, bumi, dan segala perkara yang ada dilangit dan dibumi, dan segala makhluk yang lain, yang bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan dan suci dari sebarang sifat kekurangan.

Sifat-sifat Wajib Bagi Allah

Sifat Kesempurnaan bagi Allah itu tidak terhingga banyaknya. Setengah daripadanya itu wajib diketahui dengan secara awam sahaja dan setengah itu wajib diketahui dengan secara mendalam (tafsir, faham dsbg). Antara sifat-sifat yang diketahui adalah:-

1. Wujud

Ertinya Ada ; iaitu Allah itu wajib ada, adaNya dengan tidak ada perbuatan sesuatu apa pun, dan tidak ada permulaan dan kesudahan

2. Qidam

Ertinya Sedia Kala ; iaitu Allah itu sedia kala ada dahulu daripada segala-galanya. Dan adaNya dengan tidak ada bagiNya permulaan dan tidak didahului oleh ketiadaan

3. Baqa'

Ertinya Kekal ; Iaitu Allah itu kekal hidup selama-lamanya. Yakni tidak ada bagiNya kesudahan atau mati

4. Mukhalafatuhu Lilhawadith

ertinya Bersalahan Dengan Baharu ; iaitu tidak serupa sesuatu Ia sesuatu dari yang baharu ini dan tidak ada yang menyerupaiNya, samada pada zatNya, sifatNya dan perbuatanNya

  • Bersalahan Pada Zat

Zat Tuhan tidak menyerupai dengan makhluk walau sedikit pun satu dari satu segi. Jika terlintas dihati kita perkara-perkara yang memikirkan sifat-sifat Tuhan maka hendaklah diyakinkan bahawa Tuhan itu suci dan bersalahan daripada apa-apa yang tergambar itu.

  • Bersalahan Pada Sifat

Segala sifat Allah seperti alam. Qudra', Iradah, Hayatan, Samia'n, Basiran dan Kalamun itu tidak sedikit pun serupa dengan sifat-sifat makhluk walau mana-mana segi sekalipun

  • Bersalahan Pada Perbuatan

Segala perbuatan Allah tidak serupa dengan segala perbuatan makhlukNya. Kerana perbuatan Allah tidak dengan perantaraan tetapi bila ia berkehendak mengadakan sesuatu maka qadarnya berjalan dengan kuasa mutlak (penuh) mengadakannya tanpa dihalang oleh apa-apa halangan pun

5. Qiamuhu Binafsihi

Ertinya Allah itu Berdiri dengan Sendirinya (ZatNya), yakni;

  • Allah itu tidak berhajat kepada tempat
  • Allah tidak berkehendak kepada orang yang menjadikanNya
  • Allah tidak berkehendak kepada sesuatu apa pun daripada makhlukNya ; sebab Allah itu sudah pun terkaya dari segala -galanya, hinglah segala yang lain semuanya berkehendak dan bertumpu kepadaNya

6. Wahdaniah

Ertinya Esa Allah itu Tunggal ; yakni tiada seorang yang bersekutu dan yang sebanding atau setara denganNya

7. Qudrat

Ertinya Kuasa ; iaitu Allah mempunyai kekuasaan yang cukup sempurna untuk mengadakan sesuatu dan menidakkannya mengikut IradatNya (kemahuan)

8. Iradatun

Ertinya Berkehendak ; yang demikian kejadian tujuh petala langit dan bumi dan sekalian perkara yang ada didalamnya itu tidak akan wujud jika tidak dengan kehendak dan Iradah Allah. Sebaliknya jika Allah tidak berkehendak menjadikan sesuatu maka tetap perkara itu tidak akan ada dan berlaku

9. Ilman

Ertinya Mengetahui ; Pengtahuan Allah meliputi segal-galanya dilaut atau didarat, dilangit atau dibumi yang terang atau yang sulit, yang halus atau yang kasar, yang sudah atau yang yang belum ada lagi, yang banyak atau yang sedikit. Pendek kata segala-galanyanya yang baharu ini Allah mengetahui semuanya dan tidak ada yang tersembunyi bagiNya sesuatu pun

10. Hayatan

Ertinya Hidup ; Hidup Tuhan tidak dengan perantaraan apa-apa pun, tidaklah seperti hidup kita manusia dan haiwan-haiwan yang lain. Yang mana hidupnya (manusia dan haiwan-haiwan) dengan perantaraan roh, darah dan jasad. Tuhan hidup kekal sepanjang-panjang masa dan tidak akan menerima apa-apa perubahan atau mati

11. Samu'n

Ertinya Mendengar ; Pendengaran Tuhan meliputi segala sesuatu di alam ini dengan tiada perantaraan alat mendengar samada jauh atau dekat, perlahan atau nyaring, sulit (rahsia) atau terang tidak seperti mana pendengaran manusia dan lain-lain makhluk yang melalui lubang telinga

12. Basaran

Ertinya Melihat ; Penglihatan Tuhan juga meliputi segala sesuatu di alam ini dengan tidak ada perantaraan biji mata, Tuhan melihat segala gerak-geri manusia dan segala makhlukNya samada didalam gelap atau terang, yang halus atau kasar, jauh atau dekat, dilangit atau dibumi. Segala-gala perkara tidak akan terlindung daripada penglihatanNya walau pun satu sikitnya

13. Kalamun

Ertinya Allah Berkata-kata : tidak dengan perantaraan mulut, lidah dan bibir atau lain-lain perantaraan. Allah berkata-kata dengan tiada berhuruf dan bersuara dan tidak terdahulu dan terkemudian. Tidak seperti perkataan makhlukyang mempunyai huruf, suara, terdahulu dan terkemudian, tetapi sungguhpun begitu perkataan Tuhan boleh difahami dan dimengerti oleh siapa jua dari makhluk ini bila dihadap kepadaNya

No comments: