Sunday, May 23, 2010

Keluhan Hati

Salam... Kali ini ringkas sahaja aku melemparkan kata salamku... entahlah... rasanya emosiku terasa begitu kurang baik... aku sekarang perlukan bahan untuk dibaca... aku tidak boleh berdiam diri... perlu cari apa jua aktiviti... aku tidak biasa hidup dalam keadaan yang begitu refleksi... em.. entahla... terasa malas dan begitu beremosi, dan tiada mood untuk menulis... tapi jari jemari ini asyik menulis tanpa henti... tanpa isi dan tanpa hala... tiada titik dan tiada erti.. aku sungguh tidak memahami apa yang sedang terjadi... terasa jiwa bagaikan kosong tidak bererti... biarlah... tulisan ini bukannya untuk dikongsi... sekadar luahan hati... tidak aku mahu mengisi masa sebegini dengan leka melayan diksi... apa sahaja yang kau fahami... aku x mahu lagi... x mahu menaruh sebarang harapan mahupun kecapan... takut, takut... suatu masa nanti, aku hilang x berganti... dia pergi tanpa sebarang puisi... dan... aku terus menulis tanpa henti.. tanpa erti... tanpa kata dan tanpa sebarang luahan hati... sekadar jari yang terus menerus tanpa henti menaip dan menekan titik - titik huruf di atas kekunci ini.... entahlah.... biarlah ia kosong begini.. Wahai hati, tabahlah... Kerana engkau bukan milikku... dan engkau bukan milik sesiapa... Engkau cuma milik Allah Ya Rabbi... Tuhan Yang Memiliki... Segala Yang Hakiki... Yang ternampak dek mata ilusi mahupun tersorok di sudut ruang hati...
Aku berdoa... Berdoa pada Allah Yang Esa...
Ya Rabbi
Tuhan Yang Memiliki Hati
Tuhan Yang Memahami Segala Isi
Tuhan Yang Mengatur Segala Diksi
Aku mohon
Mohon dengan rasa resah hati
Mohon dengan segala kerisauan yang abadi
Agar diri ini kembali utuh
Utuh...
Utuh yang bererti kekal
Kekal yang bermaksud istiqamah
Istiqamah pada hati
Hati yang bertaut pada Cinta Mu yang sejati
Sekali lagi
Aku tunduk dan merendah diri
Sekali lagi
Aku sujud sepenuh hati
Sujud kepadaMu Wahai Tuhan Yang Memiliki
Memiliki diri ini
Memiliki Hati ini
Memiliki segala isi perut bumi
Aku pohon agar Engkau tabahkan hati
Tabahkan yang bererti kuat
Kuat yang bermakna kukuh
Kukuh yang selamanya terus di jalan Yang Mustaqim
Ya... Jalan Yang Mustaqim
Yakni jalan orang-orang yang Kau redhai
jalan orang yang kau cintai
jalan orang yang kau kasihi
Dan
Dan bukan
Bukan jalan orang-orang yang kau benci
Benci dalam segenap segi
Walaupun sebesar zarah yang hakiki
Yang tidak terlintas di fikiran hati
Kau kuatkanlah
Kau tabahkanlah
Kau istiqamahkanlah
Hati ini
Hati ini
Hati ini
Ya Rabbul 'Izzati
nukilan tulus;
qalam irama

1 comment:

Unknown said...

assalamualaikum..wahai sahabatku..indah bahasamu..aku sndiri pn terpesona..(^^,)

sabar sahabatku..jgn ltak pengharapanmu pada manusia..ltakkan kpd Pemilik kpd semua hati2 manusia..nescaya ketenangan milikmu =)