Showing posts with label Persoalan dan Pendapat. Show all posts
Showing posts with label Persoalan dan Pendapat. Show all posts

Friday, May 28, 2010

Hangat!!! Judi Bola

Hangat! Hangat!! Hangat!!! Memang hangat pun... Sudahla negara Malaysia sedang dilanda musim panas sekarang. Tidak cukup dengan mentari yang panas memancar, timbul pula pelbagai isu yang begitu hangat... Dan hal ini akan terus panas... Bukan sahaja orang Islam yang marah... Bahkan jua orang bukan Islam pun tahu yang JUDI ITU HARAM!!!
Apa sudah jadi ni??? Saper nak tolong jawab dalm kubur kelak??? Saper nak tanggung di padang Mahsyar esok??? Saper??? SAPER??? Tanyalah diri sendiri...
Cukup sedih bila isu ini timbul... Dan aku, tidak akan berdiam diri... Kenapa yang HARAM perlu jadi HALAL??? Sedangkan yang haram itu telah jelas haram...
Cukuplah bersamdiwara... Mau tau apa orang BUKAN ISLAM kata ? "Kami x mau itu judi lulus lesan, itu JUDI banyak ROSAK... JUDI bikin ORANG jadi MALAS... Bikin kes ALONG makin naik... Bikin anak bini hidup susah" So, kita yang ISLAM ni, x tau malu ker??? Nak kata kita nie tak pandai langsung ilmu agama, yang mana HALAL dan yang mana HARAM, rasanya kat sekolah dulu da ada KelasPendidikan Agama Islam... Rasanya kat sekolah dulu Ustaz dan Ustazah da ajar yang arak itu HARAM sebab ia melarakan dan memudaratkan... Judi pun HARAM sebab ia melarakan dan menysahkan bukan sahaj diri sendiri bahkan orang lain...
Justeru bangkitlah kita, berdoa dan berjuang agar Negara kita tidak akan menjadi Negara Islam pertama yang terang-terang mengahalalkan apa yang Haram kepada Halal...

Berikut adalah rentetan penentangan kami:-

AdikKu... Antara yang bersemangat menentang!!!

Sedang Khusuk Mendengar Walau Hari Panas !!!

Ana la nie...

Ana Tentang...

Masih Khusyuk Mendengar dan Berdoa..














Muslimah Turut Tak Ketiggalan... Walau Dari Jauh... Mereka Tetap Bersemangat

Suasana Ketika Sesi Hampir Tamat

nukilan;
qalam irama

Friday, April 30, 2010

My Second Blog

Alhamdulillah... dengan segenap ruang waktu yang ada ini, ana mewujudkan satu lagi blog ana yang kedua iaitu Qalam Irama 2. Blog yang kedua ini adalah khusus bagi membincangkan soal agama. InsyaALLAH, ruangan Qalam Irama yang pertama akan mencampur adukkan segala hal... Namun, bagi memudahkan urusan, ana alihkankan sedikit ruang bagi mewujudkan ruangan khas untuk membincangkan soal agama di Qalam Irama 2. Harap terus disokong... Syukran

Tuesday, April 6, 2010

Mak.... Ampunkan aku....


Click Me!

Orang kata aku lahir dari perutmak...

(bukan org kata...memang betul)


Bila dahaga, yang susukan aku.... mak Click Me!
Bila lapar, yang suapkan aku....
mak

Bila keseorangan, yang sentiasa di

sampingku... mak

Kata mak, perkataan pertama yang aku

sebut.... Mak Click Me!
Click Me!Bila bangun tidur, aku cari.... mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....
mak
Bila nak bermanja, aku dekati.......
mak

Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak Click Me!


Click Me!Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak
Bila nakal, yang memarahi aku....
mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma......
mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....
mak

Bila takut, yang tenangkan aku.... mak Click Me!
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....
mak
Aku selalu teringatkan .....
mak
Bila sedih, aku mesti talipon....
mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....
mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..
mak
Bila takut, aku selalu panggil...
"mmaaakkkk! "
Click Me!
Bila sakit, orang paling risau adalah....
mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....
mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....
mak
Bila ada masalah, yang paling risau....
mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni..
mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....
mak
Click Me!
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....
mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....
mak

Image removed by sender.. Click Me!Yang selalu berleter kat aku... mak
Yang selalu puji aku....
mak
Click Me!
Yang selalu nasihat aku......
mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....
mak


Click Me!Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari....pasanganku
Click Me!
Bila sedih, aku cari.....
mak


Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....
mak


Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....
emakku

Click Me!Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....
mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Image removed by sender. Click Me!
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Click Me!Selalu... aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku
Click Me!

Bila-bila.... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon
mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila.... aku nak belikan hadiah untuk
emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya..........


Tapi kalau mak sudah tiada.....
.....
MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....


Image removed by sender. Click Me!


Berapa ramai yang sanggup
menyuapkan ibunya......
berapa ramai yang sanggup
mencuci muntah ibunya......
berapa ramai yang sanggup
mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup
membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup
membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya.....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya.......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar di mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA


Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

Dipetik dari Tentang Mak

Thursday, March 25, 2010

Majlis Ceramah "Meniti Rohani, Meneroka Emosi" dan Solat Hajat Perdana


Assalamualaikum.....


Sahabat semua...

Kalian saudara dan saudari seIslamku...

Dijemput ke Majlis Ceramah "Meniti Rohani, Meneroka Emosi"

dan Majlis Solat Hajat Perdana

........


Begitulah sahabat semua.... Sahabat dijemput...

Tuesday, December 1, 2009

ZIna!!! Jauhi Ia....

Selagi dinamakan manusia, kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi. Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului dengan berasa rindu, namun jangan pula rindu berlebihan. Kerinduan kepada kekasih, sering kali membekaskan duka, penyakit menyebabkan kelemahan hati.

Kita sebenarnya berperang dengan perasaan. Namun, seorang Muslim akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini.Ibnu Qayyim memberikan terapi mujarab mengenai masalah rindu. Sebelum itu beliau memberikan sebab mengapa rasa rindu berlebihan terjadi antaranya: Hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah sebaliknya membiarkan mata meliar. Pandangan dan renungan mata adalah jalan membawa kepada kesedihan dan keresahan.


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Pandangan mata itu satu daripada sekian banyak anak panah iblis.” Setiap penyakit ada ubatnya. Ubat yang terbaik adalah meneguk
daripada pengajaran al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud: “Demikianlah supaya kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami yang terpilih.” - (Surah Yusuf, ayat 24)

Ikhlas kepada Allah. Ikhlas adalah ubat penyakit rindu. Ikhlas kepada Allah bermakna selalu berusaha berada di pintu ibadah dan memohon kesembuhan daripada Allah. Jika kita ikhlas kepada Allah, Allah akan menolong kita daripada penyakit kerinduan melalui cara tidak pernah terdetik di hati.

Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan: “Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah
kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya.

Doa mengundang sikap, rasa fakir dan rendah diri di hadapan Allah. Oleh itu doa adalah salah satu bentuk ibadah yang agung. Ketika kita berada dalam kesempitan, kita bersungguh-sungguh dalam berdoa, berasakan Allah amat dekat mendengarkan rayuan.

Mengurus mata dan pandangan. Pandangan yang berulang-ulang adalah suis penting menyalakan api rindu. Orang yang memandang dengan sepintas lalu jarang berasakan hati terusik dan jatuh. Ibnul Qayyim menyatakan: “Orang berakal tidak
mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya.”

Bernikah dan membina rumah tangga adalah langkah paling baik. Inilah ubat rindu paling baik. Tidak semestinya bernikah dengan orang yang kita kagumi. Meskipun pernikahan itu dilangsungkan tidak dengan orang dicintai dan diidamkan.

sebuah tulisan dari Izdhihar Ramdzam

Friday, November 27, 2009

Lelaki dan Wanita???


Islam sangat melarang lelaki berfoya-foya dengan wanita. Pergaulan antara
lelaki dan wanita ada batasnya. Jika seseorang lelaki itu ada keinginan
terhadap seorang wanita, maka dia hendaklah masuk meminang dan berkahwin.

Langkah itu bukan sahaja membawa kepada pahala kerana mengikut sunnah Nabi saw,
tetapi juga mengelakkan dirinya daripada keburukan dan maksiat.

Hentikanlah amalan membawa wanita yang bukan muhrim ke sana sini dengan niat suka-suka kerana ia
bukan sahaja berdosa tetapi juga menjatuhkan kemuliaan pada diri dan keluarga
masing-masing. Apatah lagi apabila hubungan berkenaan dengan sekadar suka-suka,
tidak membawa kepada pernikahan.

Pengharaman ini wajar kerana kesan dari melanggar larangan tersebut akan
terbawa-bawa kepada zuriat nanti. Allah sangat mengharapkan lahir dari zuriat
itu, mereka yang baik dan cergas.

Hadis Rasulullah saw ada menerangkan bahawa baginda benci kepada orang yang
suka membujang sampai ke tua. Berkahwin adalah sunnah Rasulullah saw, dan
baginda akan berbangga dengan umatnya yang ramai di akhirat kelak.

Namun demikian untuk mendirikan rumahtangga berbagai-bagai persediaan yang
perlu disiapkan sebagai bekalan dan jambatan untuk meniti alam berumahtangga.

Ada beberapa persoalan yang perlu kita tanya pada diri sebelum memilih seseorang sebagai
pasangan hidup. Islam menegaskan pilihan hendaklah berasaskan kepada yang kuat
berpegang kepada agama dan berakhlak mulia serta mempastikan samada sudah
dipinang atau belum dan berbagai-bagai lagi.

Rasulullah saw bersabda yang maksudnya:

"Janganlah kamu kahwin dengan perempuan kerana kecantikannya, kerana boleh
jadi mereka akan merugikan. Dan jangan kerana hartanya, kerana boleh jadi
mereka akan mendurhakai. tetapi kahwinlah kerana agamanya. Sesungguhnya seorang
budak perempuan hitam yang pecah hidungnya tapi beragama adalah lebih
baik."

Baginda bersabda lagi yang maksudnya:

"Barangsiapa berkahwin akan perempuan kerana hartanya dan elok rupanya
nescaya diharamkan akan hartanya dan elok rupanya yakni ditegahkan akan
hartanya dan eloknya, dan barangsiapa yang berkahwin akan dia kerana agamanya
nescaya diberi rezeki oleh Allah swt akan dia akan hartanya dan eloknya."

Dari hadis di atas dapatlah difahami bahawa Rasulullah saw menegaskan kepada
kaum lelaki supaya memilih calun isteri orang yang beragama serta berakhlak
mulia, kerana bila isteri itu kuat beribadah akan membuahkan akhlak yang mulia
maka rezeki dan hartanya dimurahkan Allah swt.

Tanda-tanda seseorang wanita itu baik maruah dan akhlaknya antaranya ialah:

1. Berakhlak dengan Allah seperti tekun dan bersungguh-sungguh beribadah. Sabar
dalam menempuh kesusahan (ujian) daripada Allah dan dalam mengerjakan
perintah-perintahny a, sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah, tenang dalam
menerima ketentuan Allah serta banyak mengingati Allah swt.

2. Tumpuan hatinya ialah untuk memperbaiki akhlak, mengurus rumahtangga dengan
baik, memelihara ibadah dan menjaga hubungan dengan manusia. 3. Berakhlak
dengan ibubapa, memuliakan mereka serta membantu dan menyenangkan mereka.
Sentiasa berusaha mengajak keluarga kepada kebaikan dan keredhaan Allah swt.

4. Baik pergaulannya sesama rakan, jiran dan masyarakat sekeliling. Tidak
mengganggu dan menyakiti mereka, malah membantu dan memudahkan mereka dengan
apa cara yang termampu.

5. Mentaati suaminya, redha dengan pemberian suami, melayan suami dengan baik,
bersopan santun dalam segala percakapan dan tindakan, menjaga aurat atau
kehormatan diri dan memelihara maruah suami.

Disunatkan pula memilih gadis yang terdiri dari keturunan yang kuat agama, anak
cucu orang alim dan soleh. Seseorang wanita yang kuat agama memiliki
sifat-sifat kemanusiaan, berbudi pekerti tinggi.

Di sinilah letaknya realiti seorang wanita. Seorang wanita yang mempunyai
sifat-sifat kewanitaan yang tulin maka itulah keistimewaan dan kecantikan yang
hakiki. Rasulullah saw sendiri ada menerangkan bahawa seorang lelaki yang
beristeri wanita solehah bererti dia telah mendapat satu nikmat Allah yang
besar. Keterangan ini terdapat dalam hadis yang diriwayatkan oleh ibnu Abbas r.
a:

"Empat jenis, sesiapa yang diberi keempat-empatnya bermakna dia telah
memperolehi sebaik-baik dunia dan akhirat. Iaitu hati yang selalu syukur, lidah
yang sentiasa berzikir, jiwa raga yang sabar dengan ujian dan isteri yang tidak
melakukan dosa serta tidak menzalimi suaminya."

Hikmah memperolehi wanita yang terdidik di dalam golongan keluarga yang soleh
ini telah jelas dinyatakan sebahagian daripada sifat- sifatnya oleh Rasulullah
saw:

"Tidak perlu bagi seorang Mukmin setelah ianya bertaqwa kepada Allah,
sebaik-baik keperluan baginya ialah seorang isteri yang solehah, jika suami
melihat kepada isterinya, isterinya tetap juga berbuat baik kepada suaminya dan
jika suaminya tiada di rumah dia menyimpan rahsia dan harta suaminya."

Demikianlah di antara kelebihan yang diperolehi oleh seorang suami jika ia
memiliki isteri yang solehah.

Islam menggalakkan mengahwini wanita-wanita asing daripada keluarga terdekat
untuk meluaskan hubungan kekeluargaan dan mngukuhkan persaudaraan Islam.

Risiko dari perkahwinan sanak saudara akan melahirkan anak-anak yang tidak
sihat dan lembab otak. Tujuan digalak berkahwin dengan orang yang tidak
mempunyai hubungan kekeluargaan supaya dapat melahirkan anak-anak yang sihat,
bertenaga, cantik dan pintar.

Rasulullah saw bersabda yang maksudnya:

"janganlah kamu nikahi wanita-wanita kerabat terdekat, maka sesungguhnya
anak yang bakal lahir nanti berakhlak lemah fikiran dan akal."

Rasulullah saw menyatakan kelebihan memilih gadis untuk dijadikan isteri
berbanding dengan janda.

Rasulullah saw bersabda:

"Kahwinlah para gadis kerana sesungguhnya, mereka itu menarik tutur
bahasanya, bersih rahimnya (mampu berzuriat), kurang dalihnya dan mudah
meredhai kerjanya."

Rasulullah saw menekankan kelebihan memilih gadis untuk dijadikan isteri kerana
setiap perkahwinan berkehendakkan sesuatu hasil penguniaan anak yang soleh dan
solehah.

Untuk melaksanakan tugas yang mulia ini maka perlulah seorang lelaki itu
mengkaji secara terperinci terlebih dahulu bakal isterinya agar dapat melahirkan
anak dan tidak ada sebarang keuzuran yang boleh menghalangnya dari mengandung
dan bersalin.

Bagi mengetahui sifat-sifat kesanggupan gadis itu, pada umumnya boleh dijadikan
ibunya sebagai perbandingan. Seandainya ibunya mempunyai ramai anak, pada
kebiasaannya gadis itu pun akan mewarisi ibunya, tetapi tidak semua tanggapan
ini benar, kadang-kadang mengikut baka dirinya pula.

Apabila ramai zuriat, semakin kukuhlah ummah dan teruslah tertegaknya daulah
Islamiah. Membiak zuriat bertambah seri, erat dan bahagianya sebuah rumahtangga
di mana wujud ketenangan jiwa hasil kasih saying antara kedua suami isteri.
Rasulullah saw, begitu kuat menekankan supaya setiap lelaki memilih calun
isterinya yang ramai anak, sebagaimana sabda baginda:

"Kahwinlah perempuan-perempuan yang keturunan banyak anak, sesungguhnya
aku berbangga dengan ramainya umatku di hadapan para Nabi pada Hari Kiamat
nanti."

Begitulah penekanan Rasulullah saw ke atas umatnya, baginda bangga dengan umat
yang ramai kerana di situlah letaknya kekuatan agama Islam.

Diharamkan seseorang lelaki memilih seseorang wanita yang telah dipinang
saudaranya, kerana bererti ia menyerang hak dan menyakiti hati peminang
pertama, memecah belah hubungan kekeluargaan dan mengganggu ketenteraman.
Rasulullah saw bersabda yang maksudnya:

"Orang mukmin satu dengan lainnya bersaudara, tidak boleh ia membeli
barang yang sedang dibeli saudaranya, dan meminang pinangan saudaranya sebelum
ia tinggalkan."

Islam juga mengutamakan wanita yang masih gadis untuk dipadankan dengan lelaki
yang muda belia, sebab itulah disunatkan memilih gadis.

Walau bagaimana, terdapat pula keadaan tertentu apabila janda pula menjadi yang
utama. Misalnya, untuk menyelesaikan masalah perlindungan kepada janda dan
anak-anak.

Islam turut menghormati taraf kedudukan seseorang, sebab itulah pemilihan
pasangan hidup hendaklah juga mengambil kira taraf atau sekufu. Firman Allah
swt yang bermaksud:

"Lelaki yang berzina tidak boleh berkahwin melainkan dengan perempuan yang
berzina juga atau perempuan musyrik. Dan perempuan yang berzina tidak boleh
dikahwini melainkan oleh lelaki yang berzina juga ataupun lelaki yang musyrik.
Yang demikian itu haram terhadap orang yang beriman."

"Wanita-wanita yang jahat adalah untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang
jahat adalah untuk wanita-wanita yang jahat, dan wanita-wanita yang baik adalah
untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang
baik."

Ayat di atas patut menjadi iktibar, terutama kepada para lelaki dan wanita yang
ingin berkahwin. Kepada yang sudah berumahtangga, ambillah iktibar ini dan
muhasabah kepada diri kita kembali apabila menghadapi masalah dalam rumahtangga
dan mengapa Allah swt pertemukan jodoh kita dengan pasangan kita sekarang.

sekadar renungan bersama....


dari Izdihar Ramdzan

Saturday, November 14, 2009

Rahsia Tahajjud

Umumnya manusia mengatakan tidur malam perlu antara enam hingga lapan jam sehari. Tetapi pendapat ini ditolak oleh para saintis Barat seperti Dr Ray Meddis,seorang profesor di Department of Human Sciences, England University of Technology yang mengatakan bahawa manusia sebenarnya perlu tidur malam selama tiga jam sahaja. Waktu tidur boleh dibahagi kepada dua bahagian - tidur ayam dan tidur lelap. Mimpi biasanya berlaku dalam tidur lelap (deep sleep). Manusia perlu berlatih untuk dapat tidur lelap kerana tidur ayam adalah masa berangan-angan yang membuang waktu sahaja. Tidur yang sebenarnya ialah ketika tidur lelap yang mengikut kajian saintis Barat ialah selam tiga jam.Kita merasakan bahawa tidur malam kita selalu tidak cukup. Ini kerana kita tidak terlatih atau mengikut peraturan yang perlu diikuti ketika tidur. Mengikut kajian ahli perubatan Barat, Sebelum kita merasa hendak tidur, mula-mula sekali kita akan merasa mengantuk ( drowsiness ) di mana suhu badan kita akan menurun. Dengan mengatur waktu tidur dan menggunakan jangkasuhu kita boleh latihkan diri kita untuk tidur bila perlu. Tidur Tao, Confucious dan Sikh. Mereka juga mengadakan amalan pada tengah malam seperti 'berzikir' dan membaca kitab suci agama mereka. Untuk mengelak dari rasa mengantuk, mereka berlatih tidur hanya lebih kurang tiga jam atau empat jam sehari malah ada yang kurang dari itu. Antara agama yang dimaksudkan itu ialah agama Buddha, Kristian,Tao, Confusies dan Sikh.

PENDAPAT AHLI SASTERA BARAT

Terdapat juga ahli sastera barat yang menceritakan mengenai kelebihan mengurangkan tidur untuk mencapai kerjaya yang cemerlang. Bila ditanya apakah rahsia kejayaan mereka, mereka menjawab : " The woods are lovely, dark and deep but I have promises to keep and miles to go before I sleep." Maksudnya " Taman itu indah, gelap dan tebal tetapi saya mempunyai temujanji yang mesti ditunaikan dahulu sebelum saya tidur " Pencapaian kerjaya yang tinggi oleh orang-orang ternama tidak didapati serta merta tetapi mereka bekerja keras sehingga larut malam pada waktu sahabat-sahabat mereka sedang nyenyak tidur. " Ini jelas menunjukkan mereka meminimakan waktu tidur untuk mencapai kejayaan dalam hidup mereka. Sekarang kita kembali kepada perbincangan solat tahajud. Apakah kebaikan dan kelebihan yang kita perolehi dari mengerjakan solat tahajud sedangkan ketika itulah manusia sedang nyenyak tidur. Dari segi fikiran logik, kita tidak akan faham bahawa suruhan Allah itu mendatangkan kebaikan. Solat tahajud meneguhkan iman kita, jiwa kita, mental kita untuk menghadapi masalah hidup duniawi dan lain-lain lagi yang Allah Maha Mengetahui. Dari segi sains perubatan pula, kita akan menyedut oksigen khusus yang wujud di atmosfera bumi antara lebih kurang jam tiga pagi hingga terbit matahari dan menggerakkan otot-otot di dalam badan kita ke arah menyegarkan badan dan melicinkan gerak saliran darah. Kedua-dua oksigen dan gerak otot itu sangat penting dalam memastikan kesihatan tubuh badan manusia. Oksigen itu hilang dari atmosfera bumi selepas matahari terbit dan tidak datang lagi sehingga esok pagi. Hanya manusia yang bangun pada waktu ini dapat menikmati oksigen tersebut. Mereka yang bangun tidur lewat tidak merasa nikmat oksigen ini.

RAHSIA PERGERAKAN OTOT DALAM SOLAT

Cuba kita kaji pergerakan otot-otot kita ketika solat.Secara kasar, pada mula kita berdiri tegak ( qiyam ) kemudian angkat kedua tangan bertakbir dan letakkan tangan di atas pusat - kita telah membesarkan rongga dada kita manakala paru-paru akan terasa luas serta menggerakkan otot di kedua belah tangan. Ketika ruku' dengan badan membongkok ke depan dan kedua tangan di atas kepala lutut dan punggung mendatar , sekaligus ianya menggerakkan ruas-ruas tulang punggung, tulang leher, tulang pinggang dan tulang tungkin. Waktu sujud pula, seluruh berat badan terpikul sepenuhnya di atas otot-otot kedua-dua tangan, kaki.dada, perut, punggung, leher dan otot-otot kaki. Lihat sahaja pada waktu sujud ini berapa banyak otot dan persendian yang kita gerakkan. Setelah itu kita bangkit dari sujud. Kita duduk, kemudian kita sujud lagi dan selepas itu kita berdiri kembali. Dalam gerak badan kali ini kita telah secara automatik menggerakkan sejumlah besar otot-otot di dada , bahu, lengan, perut, punggung, peha, kaki bahagian bawahan lain-lain otot lagi. Selain dari itu kita juga melakukan dua macam duduk - pertama duduk antara dua sujud dan kedua duduk tahiyat. Kedua-dua jenis duduk ini menggerakkan tumit , pangkal peha, kelengkang, jari-jari kaki dan lain-lain. Dalam kita memberi salam juga kita gerakkan otot-otot leher tengkuk dan lain-lain. Kalau kita lihat dari dua perkara tersebut di atas iaitu mendapatkan oksigen yang istimewa dan gerak otot-otot yang semuanya ini sudah tentu akan memastikan kesihatan tubuh badan kita. Solat tahajud juga boleh menjauhkan penyakit buah pinggang yang selalu menyerang orang yang banyak tidur dan bangun lewat dari tidur malam. Abdullah Ibnu Umar r.a. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya : " Zikir yang termulia ialah LA ILAHA ILLALLAH dan doa yang terbaik ialah istighfar."

Moga Ada Manfaat .

dari Kak Arwa

Empat Cara...

Empat perkara menguatkan badan :
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan :
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata :
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata :
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran :
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR :
1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITANM
enelungkup/ tiarap seperti tidurnya ahli neraka.


* kepada saudara muslimin-muslimat agar petua ini menjadi amalan kepada kita semua. Ilmu
yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati

+ em.... nie bukan saya yang tulis cuma masukkan dalam nie demi sebar ilmu aja cos ramai yang forwardkan dalam email... Jadi, saya masukkan la dalam nie...
Moga ilmu ini berkembang...

Bagaimana Untuk Menjadi Seorang Penulis???



Haha... Aku bukanlah seorang yang layak untuk berbicara mengenai bagaimana untuk menjadi seorang penulis kerana aku bukanlah setara penulisannya... Lagipun kebanyakkan yang aku lampirkan dalam blog aku mahupun dalam web aku adalah nukilan daripada kawan - kawan serta para sahabat dan juga dari artikel - artikel yang pernah aku baca dan sebaginya. Cuma sebagai menjawab persolan kepada seorang sahabat kita di dalam blog saya yang bertanyakan bagaimana untuk menjadi seorang penulis yang baik, maka saya pun memulakanlah penulisan ini... Tidak lain dan tidak bukan, hanya sekadar berkongsi idea dan pengalaman...




Serba salah daku dibuatnya, nanti apa pulak kata orang yang membaca, takut juga dikatakan orang nanti apa - apa kerana aku juga baru aja mahu belajar menulis dan tidak seperti kalian semua yang sudah terlalu mahir...



em... sebagai tidak menhampakan sahabat kita itu, maka sedikit perkongsian ilmu mungkin boleh dibuat di sini...

Bagaimana hendak menjadi penulis blog yang baik???



Pertamanya, kita hendaklah menggemarkan dahulu diri kita untuk senantiasa membaca dan senantiasa melihat serta mengamatinya. Apa yang dimaksudkan disini adalah, kita hendaklah menanam minat yang tinggi di dalam diri kita untuk memdekati buku - buku ilmiah dan sebaginya sebagai langkah memperkaya ilmu dan bahasa penulisan kita nanti agar lebih mantap dan bagus.



Selain itu juga, indoktrinasi perlu wujud dalam pembacaan kita... Em.. maksudnya di sini, kita tidak boleh hanya tahu membaca sahaja, sebaliknya, kita hendaklah memahami ketersiratan atau lebih tepat lagi mesej yang bakal disampaikan di dalam sesebuah karya itu. Begitu juga apabila kita menonton filem dan sebaginya. Sebagi contoh, baru - baru ini, saya ade menonton sebuah filem atau drama bersiri korea yang menceritakan berkaitan sikap orang kaya dan miskin di Korea. Filemnya amat bagus kerana mesej yang ingin disampaikan itu cukup jelas dan mudah.

Keduanya adalah pengalaman... Ini mungkin agak susah untuk diterangkan kerana biasanya perjalanan hidup seseorang itu berbeza dari segi masa, tempat dan apa yang dialaminya... Justeru, bagi memperbaiki diri kita, kita hendaklah senantiasa bersikap proaktif dalam sesuatu aktiviti dan program agar kita kan kaya dengan ilmu dan pengalaman... Tidak rugi andai kita terlibat dalam persatuan dan sebaginya, kerana ia akan menanbahkan lagi pengalaman kepada kita dan jangan takut kepadanya.



Ketiga, kita hendaklah jelas akan matlamat ataupun mesej yang kita cuba sampaikan dalam penulisan kita agar kita mempunyai garis panduan yang jelas semasa menulis sesebuah karya mahupun penulisan pendek, panjang, puisi, sajak dan sebaginya. Penghayatan yang mendalam yang datangnya dari hari seorang penulis itu amat penting kerana ini akan memberi satu nilai kesenian yang amat mendalam yang mana orang kata akan menambah sensitiviti kejiwaan dalam penulisan kita... Itu amat penting kerana biasanya penulisan yang datangnya dari hati itulah yang akan meninggalkan kesan yang berpanjangan kepada pembaca kita semua...



Em... Rasanya, buat masa ini, itu aja kot yang boleh aku kongsi buat masa ini... Entahlaa.. tiba - tiba hilang konsentrasi pulak rasanya...



Em... Kepada kawan - kawan lain... andai anda mempunyai pandangan dan pendapat, harap dapat membantu dengan menulis di ruangan komen agar daku mampu memperbaiki lagi penulisan daku ini dari semasa ke semasa..




Komen dari saudara/i amatlah penting dan boleh di buat di blog ini mahupun di web ku di iramaal-qalam.ning.com

Friday, November 6, 2009

Salam Bicara Lagi...

Salam Tautan Mahabbah...

Wahai saudaraku, sampaikanlah salam mu kepada saudara seagama mu tanpa mengira warna kulit, perbedaan dialek bicara, perbezaan taraf harta mahupun pangkat yang merantai jiwa... Kenapa ???

hehe: mungkin semua sudah cukup mahir dan tahu akan sesuatu...

Kita sebagai umat Islam tidak ada sedikit beza sedikit pun pada pandangan Ilahi yang Esa kerna yang demikian itu Allah tidak menilai manusia pada harta mahupun pangkat mahupun sebagainya kerana kita berbeda di sisi - Nya berdasarkan kepada Iman dan Taqwa... Hal ini mungkin sudah cukup jelas seperti diterangkan di dalam Al-Quran yang mana Allah berfirman bahawa "bawalah bekalan secukupnya, sebaik - baik bekalan itu adalah taqwa"... (maafkan diri ini kerna tidak dapat menyatakan dengan terperinci...

Hari ini merupakan hari yang menjadi penghulu segala hari yang dianugerahkan Allah Taala kepada hambaNya agar mereka beriman... Justeru, hendaklah kita menghargai dengan sepenuh jiwa dan raga serta mengamalkan Sunnah yang sudah pasti terlalu banyak ditinggalkan oleh Rasulullah iaitu Nabi Muhammad SAW agar mereka yang kemudian itu dapat bermal dan mengabdikan diri tanpa kekeliruan dan salah faham...

Di hari yang cukup mulia ini, iaitu hari Jumaat... Marilah kita mengamalkan semaksimun mungkin sunnah Rasulullah seperti mengamalkan doa - doa tertentu, membaca Surah Al-Kahfi, mandi sunat hari Jumaat dan sebaginya... Kenapa??? ini kerana kita setiap hari, setiap waktu, mengaku dan mengisytiharkan diri kita Islam dan menuruti Rasulullah serta mempercayai Baginda adalah pesuruh Allah, dan banyak lagi... Siapa kita untuk mengaku ummat Nabi Muahammad SAW andai satu sunnah pun tak dapat diamalkan???

Hem... Mungkin saya sudah terlari dari tajuk yang saya kemukakan di awal bicara.. huhu... Sebenarnya, penulisan kali ini adalah sebagai tanda bahawa saya akan kembali aktif dalam penulisan dan usaha - usaha dalam berkongsi sumber dan ilmu pengetahuan kerana durian tidak akan datang bergolek kerana halangan senantiasa di hadapan...

Sebanarnya disini saya nak kongsikan sesuatu perkara... Iaitu bahawa saya sudah tamat peperiksaan akhir sem 1 bagi tahun 1 dan Alhamdulillah ianya berjalan baik walau mungkin ada sedikit kekeliruan dan permasalahan yang tak dapat dirungkai dalam peperiksaan tersebut... Namun, saya bersyukur kerana ianya adalah peperiksaan besar yang pertama saya duduki sepanjang tempoh setelah saya berjaya memjejakkan kaki di Unversiti Teknologi Malaysia....
Alhamdulillah... Sykur ku panjatkan... Kepada kawan2 di seluruh Malaysia dan mereka yang berada di negara2 mahupun negeri lain, marilah kita sama - sama berdoa agar hidup kita senantiasa dicurahkan dengan ilmu dan maklumat yang sering kali bertambah dan meningkat serta berkembang...

Saya rasa, cukuplah buat masa ini, InsyaALLAH... Ana akan kembali aktif lagi selepas ini... Sama-samalah kita doakannya... Em... sementara itu... suka bagi diri ini untuk memaklumkan bahawa saya telah menubuhkan satu laman sesawang baru di alamat iramaal-qalam.ning.com dan anda semua dijemput dan dipelawa untuk menyertai saya dan sampaikan pendapat dan artikel anda di sana...

Assalamualikum...

Wednesday, October 28, 2009

LaWaKkAh???

Message: Tolonglah ambil masa 2 minit untuk
>>>> membaca
>>>> ini....
>>>> kalau lebih dua
>>>> minit
>>>> tu bukan membaca la tu..tapi mengeja.. ;-)
>>>>
>>>>
>>>> Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi
>>>> Maha
>>>> Pengasih...
>>>>
>>>>
>>>> Bayangkan benda ini berlaku pada anda..... Suatu
>>>> hari pada masa
>>>> Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih
>>>> kurang
>>>> 1,000 jemaah...
>>>> tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi
>>>> seluruh tubuhnyer dgn
>>>> pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji
>>>> mata and
>>>> membawa mesin
>>>> gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik "
>>>> "Sesiapa yang sanggup
>>>> MATI
>>>> kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"
>>>> Selepas
>>>> mendengar amaran
>>>> lelaki
>>>> itu maka segeralah bertempiaran lari para
>>>> jemaah
>>>> itu
>>>> utk
>>>> menyelamatkan
>>>> diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya
>>>> tinggal lebih
>>>> kurang
>>>> 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat
>>>> masing-masing termasuk
>>>> Pak
>>>> Iman tu... Lelaki yang bertempik tadi segera
>>>> membuka
>>>> tutup mukanya
>>>> lalu
>>>> melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok
>>>> Pak
>>>> Iman, saya dah
>>>> halau
>>>> SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak
>>>> Iman
>>>> mulakan sembahyang
>>>> Jumaat".... Lalu kedua lelaki tersebut berpaling
>>>> dan
>>>> meninggalkan
>>>> jemaah.... Macammana.. adakah anda rasa lawak
>>>> dgn
>>>> cerita di atas.
>>>> selain
>>>> terhibur anda fikirlahlah. ..
>>>>
>>>>
>>>> " Lawak kan , dari 1,000 org yg mengaku dia
>>>> Islam hanya
>>>> 20 yg
>>>> betul-betul
>>>> beriman... "
>>>>
>>>>
>>>> " Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah
>>>> lupakan
>>>> ALLAH bila
>>>> menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya
>>>> membawa
>>>> mesin-gun.. dia tak
>>>> kata
>>>> pun
>>>> nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah..
>>>> baru
>>>> kena ugut
>>>> terus
>>>> lari
>>>> lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang
>>>> jumaat
>>>> lagi..."
>>>>
>>>>
>>>> "Lawak, ada juga yang agamanya cuma
>>>> seminggu sahaja..
>>>> tu pun bila time
>>>> sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org
>>>> kampung.. ada
>>>> tu lagi dashyat
>>>> setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya..."
>>>>
>>>>
>>>> "Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip
>>>> dan apa
>>>> yang di tulis
>>>> oleh surat khabar daripada apa yang tercatit
>>>> dsalam
>>>> al Quran"
>>>>
>>>>
>>>> "Lawak kan , berapa ramai yg percaya dunia
>>>> hanya
>>>> sementara, akhirat
>>>> adalah
>>>> tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba
>>>> mengejar dunia"
>>>>
>>>>
>>>> "Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend
>>>> atau
>>>> girlfriend
>>>> berejam-rejam
>>>> tapi nak berdoa kepada ALLAh alahai.. tak cukup
>>>> masa..
>>>>
>>>>
>>>> Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak
>>>> thread atau email
>>>> yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua
>>>> tempat
>>>> tapi merasa berat
>>>> nak berkongsi dan nak hantar artikel2
>>>> yang
>>>> berunsur
>>>> agama

dari seorang kawan yang prihatin... Syukran...

Tanggungjawab Seorang Wanita

1. Seorang wanita solehah lebih baik daripada 1000 orang lelaki soleh.
2. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1000 lelaki yang jahat.
3. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
4. Seorang isteri yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana manjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
5. Isteri yang lihat suami dengan kasih sayang dan suami lihat isteri dengan kasih sayang Allah s.w.t. akan pandang dengan penuh rahmat.
6. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar pada jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih dahulu daripada suaminya, akan jadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan dalam syurga dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada Yakut.
7. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah s.w.t. akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah s.w.t. bagi 12 tahun pahala ibadat.
8. Wanita yang perah susu binatang dengan Bismillah akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
9. Wanita yang uli / kamil tepong dengan Bismillah Allah s.w.t. akan berkati rezekinya.
10. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami Allah s.w.t. akan izinkannya memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
11. Wanita yang hamil akan dapat pahala• Berpuasa pada siang hari dan• Beribadat pada malam hari.
12. Wanita yang picit suami tanpa disuruh dapat pahala 7 tola emas, manakala wanita yang picit suaminya bila disuruh akan dapat pahala 7 tola perak.
13. Seorang suami yang redha akan isteri ketika meninggal dunia, Allah s.w.t. mewajibkan syurga bagi isterinya.
14. Seorang wanita yang solehah lebih baik daripada 70 wali.
15. Jika suami mengajar isterinya satu masaalah (agama) akan dapat pahala 80 tahun ibadat.
16. Di syurga semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah s.w.t. Sedang semua manusia sibuk hendak berjumpa dengan Allah s.w.t., tetapi Allah s.w.t. akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah (tetap). Antara kelebihan berpurdah ialah;
• Allah swt. akan tingkatkan Nur pada wajah, 13 kali ganda daripada wajah asli. Kecantikan wajah seseorang wanita terletak bila Allah swt. beri nur wajah ini.
• Manfaat di dunia dengan memakai purdah sepenuhnya. Di syurga Allah swt. beri 70 kali ganda kecantikan La'ibah ketua bidadari. Ini merupakan satu rahmat dan nikmat dari Allah swt.
• Saidatina Fatimah r.a berkata kepada Rasulullah s.a.w; "Wahai Rasulullah s.a.w, jika seseorang itu dapat menjaga auratnya adalah manis daripada madu tetapi untuk mengamalkannya adalah lebih halus daripada seurat rambut kerana untuk menjaga seurat rambut adalah payah."
• Saidatina Fatimah r.a dapat menjaga auratnya dengan sepenuhnya hingga di akhirat kelak apabila ia hendak melintasi titian Sirat, Allah swt. memerintahkan semua orang supaya tunduk dan berpaling pandangan mereka dari melihat Saidatina Fatimah r.a. Beliau sungguh memandang berat pada aurat hingga beliau meninggal dunia maka kebumikanlah di waktu malam supaya tiada siapa dapat melihat samaada beliau kurus atau gemuk, tinggi atau rendah.
17. Perempuan yang memakai kain yang nipis dan jarang untuk menarik perhatian laki-laki yang bukan muhrimnya atau memakai segala yang mendatangkan keghairahan pada orang lain, maka dia tidak akan mencium bau syurga.
18. Seorang wanita yang menyambut baik suaminya yang datang dengan kemarahan, Allah s.w.t. berikan padanya ganjaran setengah pahala jihad.
19. Allah s.w.t. berkati dalam rezeki apabila seorang wanita memasak dengan zikir Bismillah.
20. Allah s.w.t. melaknat wanita yang sengaja mendedahkan auratnya kepada lelaki yang bukan muhrimnya.
21. Kepada wanita yang tidak menutup aurat, Allah s.w.t. berfirman:hiduplah dengan apa yang kau suka.
22. Nabi s.a.w. bersabda: "Tiga orang yang tidak diterima shalat / sembahyangnya (tidak diberi pahala shalatnya) dan tidak diangkat kebajikan mereka kelangit ialah:-
• Seorang hamba yang lari dari tuannya sehingga dia kembali.
• Seorang isteri yang dimurkai oleh suaminya sehingga suaminya redha.
• Orang yang mabuk hingga dia sedar kembali.
23. Seorang wanita yang membersihkan rumahnya dengan berzikir pahalanya seolah-olah ia membersihkan kaabah. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir dapat pahala seperti menyapu di Baitullah.
24. Ibadat bagi malam hari dan siang hari seperti puasa bagi wanita yang mengandung.
25. Selepas seorang wanita melahirkan anak, Allah s.w.t. sediakan pahala 70 tahun sembahyang dan puasa. Setiap kesakitan pada satu-satu uratnya melahirkan anak itu, Allah s.w.t. memberi satu pahala haji mabrur.
26. Apabila seorang wanita meninggal dunia ketika melahirkan anak, dia dikira mati syahid.
27. Apabila seorang wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis di waktu malam dengan sabar, Allah s.w.t. memberi pahala 1 tahun sembahyang dan puasa, akan dapat satu pahala daripada setiap titik susu yang diberikannya.
28. Kalau wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh iaitu 2½ tahun, malaikat dari langit datang membawa khabar gembira iaitu Allah s.w.t. mengurniakan / wajib syurga baginya.
29. Apabila seorang wanita memberi makan dengan taat, tanpa khianat kepada suaminya yang pulang dari musafir, maka Allah s.w.t. memberikannya 12 tahun ibadat / solat nafil.
30. Nabi SAW bersabda, maksudnya:"Seorang wanita yang redha mengandung bayi hasil perhubungan dengan suaminya yang sah dan suaminya redha pula kepadanya, maka Allah akan memberi ganjaran pahala sepertimana pahala puasa fisabilillah. Bila dia merasa sakit ketika akan melahirkan anak, maka Allah tambah lagi pahala yangtidak terkira oleh manusia oleh kerana terlalu banyaknya. Bila telah melahirkan anak dan dia menyusukan dengan susunya sendiri, maka setiap seteguk susunya, Allah akan berikan satu kebajikan. Bila sia semalaman tidak tidur kerana mengawasi (menjaga) anaknya yang sekejap-sekejap menangis, sakit dan sebagainya, maka allah beri lagi pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dalam Fisabilillah dengan ikhlas."(HR Hassan bin Sofwan, At Tabarani, Ibnu Asakir)
31. Mengenai layanan terhadap suami, Rasulullah SAW bersabda kepada anaknya Fatimah RHA yang bermaksud:" Mana-mana wanita yang melayani suaminya; meminyakkan rambut suaminya, menyikat janggutnya, menggunting misainya, memotong kukunya, maka di akhirat dia diberi minum oleh Allah daripada air syurga dan dia diringankan seksaan ketika sakaratul maut (ketika saat kematian), dalam kubur dia perolehi taman-taman seperti taman syurga dan namanya dicatat sebagai orang yang terlepas daripada seksa neraka dan selamat melintasi Tititan Sirat tanpa menempuh kesusahan."

Friday, October 23, 2009

Renungilah...

LELAKI Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN?

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya.

Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu.. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut.. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

WANITA : Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki. Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya . Bukankah ibu adalah seorang wanita ? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabk an terhadap 4 wanita :
1. ibunya ,
2. isterinya ,
3.anak perempuannya , dan
4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :
1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya .

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya .

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita .... Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya. ..supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103)

Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "


Hikmah Sujud

- Sujud lega sistem pernafasan

Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud.
Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.

Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.

Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:
- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
- melegakan sakit hernia. (burut)
- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
- melegakan paru-paru daripada ketegangan.
- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
- meringankan bahagian pelvis.
- memberi dorongan supaya mudah tidur.
- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

D ari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya. Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.


Tujuh Kalimat

Sabda Rasulullah S.A.W

" Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut
4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam

sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat,
walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan
jadi bisa, karena sudah biasa

Surah Al-Munaafiquun :

Ayat : 9
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu lalai (lengah) kerana harta benda dan anak-anakmu daripada mengingati Allah (sembahyang lima waktu). Barangsiapa memperbuat demikian itu, maka mereka orang yang rugi.

Ayat : 11
Allah tiada akan memberi tempoh kepada seorang bila telah sampai ajalnya. Allah Maha Mengetahui tentang apa yang kamu kerjakan.

JANGAN TINGGAL SOLAT


Para Ulama' berpesan untuk kita jadikan pegangan JANGAN TINGGAL/LALAI BERSOLAT , ia adalah WAJIB

: Barangsiapa meninggalkan solat Maghrib , dosanya seperti berzina dengan ibunya sendiri bagi yang lelaki dan berzina dengan bapanya sendiri bagi yang perempuan! Jadi, apakah bezanya sumbang mahram dengan meninggalkan solat Maghrib?

Meninggalkan solat Isya' , maka Allah tidak redha ia hidup di bumi-Nya. Bermakna, setiap langkah kita tidak mendapat pelindunganNya di dunia ini. Dan lebih malang bila kita diazab di dunia yang lain nanti (akhirat).

Meninggalkan solat Subuh akan disiksa selama 60 tahun (waktu akhirat) di dalam neraka. Perlu kita ingat bahawa azab yang paling ringan adalah sepertimana azab yang dikenakan kepada bapa saudara Rasulullah saw yang mana apabila dipakaikan kasut dari neraka maka mendidihlah sampai ke otaknya. Selama ini kita baru dapat bayangkan bagaimana air mendidih saja....

Meninggalkan solat Zohor diibaratkan seperti meruntuhkan Ka'abah Kalau begitu sepanjang hidup kita ini tak payahlah berangan-angan untuk menunaikan haji. Itu adalah suatu perkara yang amat mudah...

Satu kali meninggalkan solat Asar sama dosanya dengan membunuh 1000 orang Islam.

Kat dunia ni bolehlah jadi sekutu Presiden Bush, tak payahlah kutuk dia lagi kat dunia ni....Kita dengan dia (Bush) sama saja.

Rasulullah saw ada menyebut, tinggalkan solat adalah Kafir yang nyata.

InsyaALLAH... Andai kata ada kesilapan... Harap diperbetulkan... InsyaALLAH....

Monday, September 21, 2009

Kenyataan Perdana Menteri

Kenyataan peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sempena Hari Malaysia:
Membina Harapan Yang Lebih Cemerlang Untuk Semua Rakyat Malaysia
Hari ini empat puluh enam tahun yang lalu, Sabah dan Sarawak bersatu dengan Semenanjung Malaysia untuk menjayakan apa yang kini dikenali sebagai Malaysia moden. Tatkala kita menyambut ulang tahun ini, penting juga bagi kita mengingati masa silam kita bersama-sama termasuk sumbangan Sabah dan Sarawak yang amat diperlukan itu terus diberikan kepada pembangunan negara. Dengan mengingati pengajaran ini, kita juga mesti menumpukan seluruh perhatian kepada pembinaan masa hadapan yang lebih cemerlang. Pada Hari Malaysia ini, saya gembira sekali berkongsi pemikiran saya tentang sumbangan Sabah dan Sarawak, termasuk wawasan saya untuk membina masa hadapan yang lebih cemerlang kepada semua rakyat Malaysia.
Sabah dan Sarawak adalah dua negeri terbesar kita, yang terpisah oleh lautan, namun amat penting kepada impian yang dipegang oleh semua rakyat Malaysia bagi sebuah negara yang bersatu dan harmoni. Terdapat banyak contoh yang bersemangat dan bertenaga untuk menunjukkan bagaimana rakyat Malaysia yang berbilang bangsa, agama dan asal usul keturunan etnik boleh sama-sama menerima banyak perkara yang menyatukan kita, dan bukannya membiarkan beberapa perkara kecil yang memecahbelahkan terus memisahkan kita. Kisah Sabah dan Sarawak ialah kisah 1Malaysia, dan ia telah memberikan saya maklumat dan inspirasi kepada komitmen saya terhadap konsep ini. Ia adalah bukti kepada hakikat bahawa perbezaan itu telah menyatukan negara ini, dan kekuatan sebenar Malaysia terserlah apabila rakyat Malaysia daripada semua bangsa, agama dan keturunan saling hidup dalam harmoni antara satu sama lain.
Bila saya menyaksikan perayaan Gawai Dayak di rumah panjang di Sarawak dan merasakan perpaduan yang teguh di kalangan semua rakyat Sarawak seperti mana yang saya rasakan semasa dalam lawatan dua hari saya baru-baru ini, tidak dapat tidak saya memikirkan bahawa kita kini semakin hampir kepada perpaduan 1Malaysia yang saya telah bertekad untuk capai. Malahan, saya telah merumuskan bahawa rakyat Sarawak telah pun menerima pakai nilai 1Malaysia, lama sebelum saya menjelaskan tentang pelbagai unsur di dalamnya. Contoh ini telah merangsang komitmen saya, dan saya percaya, meninggalkan impak yang penting dan mendalam kepada pembangunan Malaysia. Rakyat Malaysia daripada mana-mana jua bangsa dan fahaman hanya perlu melihat Sabah dan Sarawak untuk memahami perpaduan yang amat sukar dipercayai begitu kukuh dan harmoni yang boleh didapati dalam menerima dan menghormati kelainan rakyat kita.
Sungguhpun kita sebagai rakyat Malaysia, telah banyak mempelajari daripada negeri kita yang paling timur ini tentang pencapaian impian kita terhadap satu negara yang bersatu padu dan harmoni, tetapi ini bukanlah cerita yang sepenuhnya. Kita juga mesti berterima kasih kepada kedua-dua negeri ini atas apa saja yang mereka tunjukkan kepada kita tentang bekerja bersama-sama ke arah masa hadapan yang lebih cemerlang. Sejak menyertai Semenanjung Malaysia pada 1963, Sabah dan Sarawak telah memainkan peranan yang utama dalam pembangunan ekonomi Malaysia, dan peranan itu terus berkembang. Walaupun berhadapan dengan keadaan ekonomi yang mencabar, kedua-dua negeri ini juga memperlihatkan jaminan yang lebih besar dari segi potensi sumbangan mereka untuk mencapai hasrat menjadi negara Malaysia yang mampu diri, stabil dan dengan ekonomi yang bertenaga pada 2020, seperti yang telah digariskan dalam Wawasan 2020.
Dalam kunjungan saya ke Sabah baru-baru ini, saya melihat satu wawasan masa hadapan Sabah dan Sarawak yang lebih baik. Walaupun Sabah telah mengalami pertumbuhan yang pesat dalam keseluruhan sektor ekonominya, setelah mengalami kurang pembangunan beberapa tahun lamanya, namun apa yang paling menarik perhatian saya ialah semangat keusahawanan dan membawa pembaharuan yang saya lihat ada pada rakyat Sabah dalam usaha pembangunan mereka bagi satu industri ekopelancongan yang berkembang maju. Semangat ini, yang saya percaya dikongsi oleh semua rakyat Malaysia, telah mendorong pertumbuhan yang hebat dalam ekopelancongan dan sedang menjadikan Sabah penyumbang penting kepada ekonomi negara.
Hakikatnya, Sabah telah mengambil langkah-langkah untuk berubah daripada ekonomi yang sebahagian besarnya bergantung kepada eksport berasaskan sumber yang tidak boleh diperbaharui, ke arah eksport yang berasaskan sektor perkhidmatan yang berkesinambungan. Impak yang paling utama berhubung perubahan ini ialah kesannya terhadap kehidupan rakyat Sabah, yang akan mendapat faedah daripada opsyen pekerjaan jangka panjang yang berkekalan yang tidak akan hilang begitu saja apabila sumbernya telah berkurangan. Itu belum lagi disentuh tentang impak positif ke atas alam sekitar dan pemuliharaan habitat alam semula jadi.
Seperti yang telah saya gariskan dalam pemikiran saya, negeri ini mempunyai impak yang berkekalan dan penting kepada pembangunan Malaysia dan kita semua telah pelajari daripada contoh mereka. Memang benar Sabah dan Sarawak telah mengalami pertumbuhan yang sungguh mengesankan, namun mereka memerlukan bantuan kerajaan untuk mencapai potensi mereka yang sebenarnya. Pada masa ini, kemajuan ekonomi di kedua-dua negeri ini tersekat oleh rangkaian pengangkutan yang tidak mencukupi, sekolah yang kekurangan dana dan bekalan perkhidmatan yang tidak mencukupi. Oleh sebab itulah, saya telah memperluas bantuan kewangan kerajaan pusat kepada pihak-pihak berkuasa tempatan di Sabah dan Sarawak. Dana-dana ini, dan pelaburan masa hadapan, akan disampaikan secara langsung di mana-mana yang benar-benar memerlukan - dana-dana ini akan digunakan untuk projek prasarana penting, bekalan perkhidmatan oleh pihak berkuasa tempatan dan untuk penambahbaikan peluang pendidikan terutama di kawasan-kawasan luar bandar, yang kesemuanya akan diberikan faedah serta merta dan berkekalan.
Projek Hidroelektrik Negara Bakun di Sarawak ialah satu contoh. Projek empangan kedua tertinggi di dunia yang menakjubkan, mempunyai permukaan konkrit yang diisi dengan batu dengan keluasan permukaan berukuran sekitar Singapura. Projek ini akan menjana 2,400 megawatt tenaga bersih secara berkekalan, menjadikannya projek kuasa yang terbesar di Asia Tenggara. Kumpulan pemaju akan bekerja dengan masyarakat setempat untuk menyediakan kawasan-kawasan untuk mempamerkan kraftangan tempatan dan mempunyai rancangan untuk mewujudkan jejak alam semula jadi dan taman eko di kawasan-kawasan sekelilingnya untuk menampung lagi keperluan masyarakat setempat.
Untuk membina satu Malaysia yang bersatu padu dan harmoni dengan masa hadapan yang cemerlang, kita mesti membangunkan negara kita sebagai 1Malaysia. Pelaburan yang diperbaharui dan diperluaskan bagi masa hadapan Sabah dan Sarawak yang telah saya cadangkan adalah satu langkah ke arah itu. Dengan melaksanakannya akan memastikan kita memberikan peluang yang sama kepada semua dan meningkatkan kehidupan semua rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa, agama atau ceruk rantau Malaysia yang mereka pilih untuk menjadi tempat kediaman mereka. Pada akhirnya nanti, sama ada kita tinggal di rumah panjang di pedalaman atau di bangunan tinggi di Kuala Lumpur, kita semua adalah rakyat Malaysia dan kita semua adalah sebahagian daripada 1Malaysia yang kita cintai.

Sunday, August 2, 2009

इसु पेमंसुहन PPSMI

PPSMI: Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris
Faktor-faktor Yang Menjadi Punca Kegagalan PPSMI Dilaksanakan

PPSMI pada dasarnya adalah sesuatu dasar murni yang dicadangkan oleh YBhg Tun Dr Mahathir Mohamad di tahun 2002 dalam suatu ucapannya pada 10 Mei 2002 dan dasar ini telah dijalankan secara separa: (berbentuk dwibahasa) oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun berikutnya (2003), agar para pelajar dan tenaga pengajar: (guru dan pengajar serta mereka yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam proses menyediakan pelajar ke arah pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris) tidak kaget (terkejut) dengan sistem yang bakal dijalankan. Untuk yang demikian, tahun 2003 dikatakan sebagai tahun ujian kepada sistem PPSMI ini.

Dari tahun 2003 hingga tahun 2009, setelah perlaksanaannya selama 6 tahun lamanya, akhirnya Timbalan Perdana Menteri (TPM) Malaysia yang juga Menteri Pelajaran sekarang Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan pemansuhan PPSMI ini dan dimulakan secara beransur-ansur mulai tahun depan dan secara menyeluruh (sempurna) pada tahun 2012. Mengapa hal ini terjadi? Apakah yang menjadi punca pemansuhan (kata lain, kegagalan PPSMI ini dilaksanakan atau dijalankan) ini berlaku sehingga ianya terpaksa dihentikan perlaksanaannya? Apakah dasar yang telah diperkenalkan oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dahulu itu tidak berapa kukuh dasarnya dan menampakkan kelemahan demi kelemahan? Pada hemat dan pandangan saya, setelah pembacaan dan sedikit kajian dibuat berdasarkan maklumat-maklumat dan kajian-kajian terdahulu yang dijalankan oleh badan-badan professional berkanun mahupun tidak, saya berminat untuk mengutarakan dua faktor utama yang mungkin menjadi salah satu punca utama mengapa PPSMI ini gagal (dimansuhkan). Faktor-faktor yang dimaksudkan disini adalah penguasaan Bahasa Inggeris oleh pelajar itu sendiri terutama pelajar luar bandar dan faktor yang kedua adalah proses memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ibunda disamping memperkukuh (menguatkan) penguasaan Bahasa Inggeris serta kaitan penggunaan Bahasa Inggeris dalam istilah Matematik dan Sains.

Berkaitan dengan faktor yang pertama, menurut Timbalan Perdana Menteri Malaysia, yang juga Menteri Pelajaran sekarang, Tan Sri Muhyiddin dalam satu wawancara diantara Ahmad Naim Tahir, Rihaniza (wartawan Berita Minggu) dan TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri dalam membincangkan isu mengenai pemansuhan PPSMI, beliau berkata, “Di luar bandar, Bahasa Inggeris dianggap sebagai bahasa asing, bukan pun bahasa kedua. Bahasa pertama ialah loghat dia, kedua Bahasa Melayu, yang ketiga barulah Bahasa Inggeris yang dianggap sebagai bahasa asing. Jadi bagaimana seorang pelajar itu dapat menangkap ilmu kalau mereka tak faham Bahasa Inggeris, sampai saya dimaklumkan oleh pengarah pelajaran bahawa guru yang tahu Bahasa Inggeris pun kasihan nak mengajar dalam bahasa itu kerana murid tak faham.” Hal ini boleh dibuktikan melalui kajian-kajian dan penyelidikan yang dibuat oleh badan-badan terbabit dan kajian ini tidak bersifat politik. Antara laporan yang dibuat oleh Bernama pada 10 Julai 2009, Tan Sri Muhyiddin menyatakan bahawa “Terdapat peningkatan pelajar di negara ini sebelum PPSMI dilaksanakan apabila mereka berjaya menjadi graduan dan profesional terutama dalam bidang perubatan serta kejuruteraan, bagaimanapun selepas PPSMI diperkenalkan majoriti pelajar tidak berupaya. Trend kejatuhan kedudukan negara yang menjunam ke ranking (kedudukan) ke-20 berbanding 10 sebelum ini bagi bidang Matematik dan ranking (kedudukan) ke-21 berbanding 20 dalam Sains amat membimbangkan.” Di dalam Utusan Malaysia, 8 Julai 2009, menurut Muhyiddin, “Pemantauan Kementerian Pelajaran tahun lalu mendapati hanya sebahagian kecil guru menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik. Begitu juga secara purata peratusan penggunaan bahasa Inggeris adalah antara 53 hingga 58 peratus daripada keseluruhan masa yang diperuntukkan bagi mata pelajaran Sains dan Matematik.” Pada masa sama, kata beliau “Peratusan murid yang mendapat gred A, B dan C bagi mata pelajaran Sains dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2008 merosot daripada 85.1 peratus kepada 82.5 peratus bagi sekolah bandar dan daripada 83.2 peratus kepada 79.7 peratus bagi sekolah luar bandar. Bagi mata pelajaran Matematik, pencapaian murid bandar merosot daripada 84.8 peratus kepada 80.9 peratus manakala pencapaian murid luar bandar merosot daripada 80.9 peratus kepada 77 peratus. Jurang pencapaian antara sekolah bandar dan luar bandar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik semakin melebar semasa PPSMI dilaksanakan,” katanya. Ini menjelaskan kepada kita bahawa perlaksanaan PPSMI yang dijalankan di negara ini menampakkan kelemahannya yang tersendiri apabila kedudukan (ranking) para pelajar di seluruh negara ini dalam memahami pembelajaran Matematik dan Sains semakin menurun dalam peratusan yang agak tinggi. Ianya turut menjelaskan bahawa pelajar terutama yang berada di kawasan luar bandar terutamanya masih tidak mampu untuk memahami pengajaran dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya sehinggakan penggunaannya dalam sesi pengajaran juga tidak secara total. Menerusi kenyataan TPM juga, kita dapat lihat bahawa masyarakat (lebih merujuk kepada pelajar) kita mampu untuk menggalas tanggungjawab bagi memacu negara ini dalam bidang-bidang professional seperti bidang kedoktoran, kejuruteraan, perakaunan dan sebaginya. Menurut seorang Professor dari Kanada yang turut membuat kajian mengenai PPSMI, beliau berkata “it is not going to be problem to teaching in English, but it is not fun anymore.” Apa yang dimaksudkan disini, walaupun proses pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris, ia tidak menjadi satu masalah besar bagi seseorang (guru) itu untuk mengajar kerana mereka juga belajar dalam Bahasa Inggeris semasa pengajian mereka di universiti tetapi apa yang dirisaukan di sini adalah bentuk pengajaran dan penerimaan maklumat tentang konsep yang dipelajari oleh sesorang pelajar itu tidak secara menyeluruh dan ini menjadikan suasana pembelajaran yang sebelum ini lebih kondusif dan ceria menjadi pasif dan tidak selesa (bosan). Hal terus menerus dibuktikan berdasarkan kepada beberapa fakta yang dibuat oleh TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin. Di dalam laporan Bernama , ketika TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin ditanya sama ada kerajaan akan memberi penjelasan kerana ada pihak yang masih tidak bersetuju dengan pemansuhan PPSMI itu, Muhyiddin berkata kerajaan tidak dapat memuaskan hati semua pihak. "Keputusan yang kita buat adalah mengambil kira fakta dan kenyataan. Kita tidak hanya memilih satu dua sekolah sahaja tetapi lebih 10,000 sekolah di seluruh negara terutama di luar bandar di mana bahasa Inggeris pada mereka sebagai bahasa kedua dan sebagai bahasa asing," katanya. Beliau berkata dalam membuat keputusan itu, kerajaan mengambil kira kepentingan majoriti dan ini tidak bermakna kepentingan minoriti ketepikan.

Antara faktor lain yang menjadi punca kegagalan (pemansuhan) PPSMI ini adalah salah satu langkah memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ibunda di samping pengkayaan (pengukuhan dan penguasan) Bahasa Inggeris di semua peringkat termasuk di alam persekolahan (rendah, menengah, tinggi) dan juga alam pekerjaan. Takkala itu, kita ingin melihat kaitan (bonding) diantara pengistilahan Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris. Adakah ianya selari? Adakah apa yang dipelajari dalam Bahasa Inggeris menyamai dengan apa yang dipelajari dalam Sains dan Matematik. Dalam proses memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ibunda, pemansuhan PPSMI adalah sesuatu yang amat bertetapan dengannya selari dengan dasar pendidikan kita yang sudah ada. Jika kita lihat kembali kepada Laporan Razak dan Laporan Rahman Talib, jelas dinyatakan bahawa ahasa pengantar mesti Bahasa Kebangsaan. Dalam usaha memartabatkan kembali Bahasa Melayu, pemansuhan ini adalah salah satu caranya dan ini bermakna bahasa Melayu hiduplah kembali, berkembang dalam ilmu sains dan matematik. Jika tidak, tiada siapa yang mahu belajar bahasa Melayu. Bagi menaikkan martabat bahasa Melayu juga dicadangkan supaya dihidupkan kembali kesusasteraan Melayu. Dulu tidak diajar secara spesifik dan kini subjek ini ditambahkan waktu pengajaran dan pembelajarannya. Selain itu, tenaga pengajar iaitu guru terlatih juga ditambah kerana waktu pengajaran ditambah dan pendekatan modular juga dilaksanakan, termasuk mewujudkan P&P (pengajaran dan pembelajaran) didik hibur kerana ia lebih berkesan, mudah difahami dan menarik anak-anak di sekolah rendah terutamanya. Selain itu juga, jika kita ingin melihat kepada kepentingan penggunaan Bahasa Inggeris dalam Matematik dan Sains, ianya amat merosot. Ini kerana Sains atau Matematik dan Bahasa Inggeris adalah dua perkara yang tidak berkait. Didalam Biologi umpamanya, pemetaan spesis-spesis haiwan dan tumbuhan dibuat dengan MELATINKAN nama-nama tersebut. Gallus Gallus Domesticus contohnya adalah nama saintifik bagi ayam ternakan. Saya percaya kalaupun dalam PPSMI, ia (ayam ternakan) tidak mungkin ditulis dengan sebutan latinnya, tetapi sudah tentulah dengan sebutan Inggeris “chicken”. Didalam Kimia pula, nama-nama saintifik unsur-unsur kimia juga dilatinkan, bukan diInggeris, kalaupun ada yang menggunakan nama Inggerisnya. Contohnya simbol Au, disebut Aurum dalam latin, Gold dalam Inggeris, Emas dalam Melayu. Ag, Silver dlm Inggeris, Perak dalam Melayu. Disini juga jelas bahawa Bahasa Inggeris bukan bahasa sains kerana, apabila unsur-unsur baru berjaya ditemui, piawaian antarabangsa menetapkan bahawa penamaan unsur baru terbaru tersebut mestilah dinamakan dengan sebutan LATIN diawalan dan Greek diakhiran. Maka timbullah nama seperti Ununbium (Uni, uni, bi = 112) dan Ununpentium (uni, uni, pent = 115). Nama unsur tersebut, bukanlah kekal, kerana ia masih belum disahkan, namun setelah pengesahan, mereka yang menemui unsur tersebut diberikan keistimewaan untuk menamakan unsur tersebut dengan nama kekal. Ia mungkin apa sahaja tetapi diakhiran harus ada -ium untuk unsur logam, dan akhiran -ium bukanlah Inggeris. Jika dilihat dari segi Fizik dan Matematik pula, simbol Greek seperti Gamma, Delta, Sigma, Phi, Chi sering digunakan dalam rumusan. Sekali lagi, ia bukan simbol bahasa Inggeris. Simbol itu hanya sekadar simbol bagi menerangkan pemerhatian-pemerhatian. Maka yang perlu difahami bukanlah simbol, ataupun istilah, tetapi intipati disebalik pemerhatian tersebut. Jikalau istilah yang mahu difahami, maka ada baiknya PPSMI itu diajarkan dalam bahasa Greek ataupun Latin. Tidak dinafikan didalam bidang teknologi seperti IT, ada nama khas seperti USB, ZIGBEE, BLUETOOTH, WIFI sebagai contoh. Namun yang demikian, nama-nama tersebut adalah nama-nama khas yang diberikan untuk sesuatu objek ataupun bahan. Berbalik kepada isu memartabatkan kembali Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ibunda dan Bahasa Pengantar, pengekalan bahasa Melayu dalam pengajaran Matematik dan Sains akan meluaskan lagi kepenggunaannya dalam kehidupan seharian. Selain itu, ianya akan dapat membentuk jati diri yang tinggi dalam memelihara Bahasa Melayu yang suatu ketika dahulu pernah menjadi lingua franca dan digunakan diseluruh dunia. Memetik kata-kata Pendeta Zaaba lebih 50 tahun yang lalu bahawa 'patutlah bahasa Melayu dilayakkan dari selangkah ke selangkah lagi bagi penggunaan yang lebih maju, lebih besar dan lebih tinggi pula'. Ini menjelaskan kepada kita bahawa dalam usaha untuk memartabatkan Bahasa Melayu, kita perlulah meluaskan kepenggunaanya dalam kehidupan seharian termasuklah semasa sesi pengajaran dan pembelajaran tidak kira di sekolah, institusi pengajian, mahupun dirumah. "Begitulah juga pujangga tersohor Melayu, Munsyi Abdullah telah membuktikan bagaimana perkembangan bahasa Melayu boleh dilaksanakan dengan tindakan proaktif beliau terhadap penggunaan teknologi percetakan yang berkembang maju di zamannya," katanya. Menurut Dr Mohamad Khir Toyo, “Sokongan saya kepada pemansuhan PPSMI berasaskan prinsip tidak mahu anak-anak kita, terutama di luar bandar, bukan sahaja gagal menguasai bahasa Inggeris tetapi juga gagal menguasai matematik dan sains. Ini telah banyak direkodkan dalam kajian banyak badan-badan bukan kerajaan seperti Gapena, Teras dan ahli-ahli akademik yang tidak mempunyai agenda politik kepartian. Bagi mereka yang marah kepada kerajaan mereka perlu faham bahawa sistem ini memberi banyak masalah sehingga menjejaskan pencapaian anak-anak di luar bandar. Kita kekurangan guru yang mahir untuk mengajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Malahan kualiti guru-guru bahasa Inggeris juga perlu diperkasakan. Jika perlu, kerajaan boleh mengambil tenaga asing yang pakar dalam isu "Teaching English as a Second Language" di setiap negeri atau daerah bagi melatih guru-guru bahasa Inggeris secara berkala.” Berkait dengan apa yang ingin disampaikan oleh Dr Mohamad Khir Toyo, kita dapat lihat bahawa jika kita ingin menguasi Bahasa Inggeris adalah bukan dengan menjadikan Matematik dan Sains sebagai korban tetapi proses pengkayaan (pengukuhan) penguasaan Bahasa Inggeris perlu dijalankan dengan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran dengan meningkatkan mutu pengajaran (guru-guru atau tenaga pengajar) agar proses pembelajaran Bahasa Inggeris adalah lebih dinamik, menghiburkan dan mampu menerbitkan minat kepenggunaan sekaligus meningkatkan lagi penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan para pelajar di peringkat sekolah hingga ke alam pekerjaan. Selain itu, pengajaran Bahasa Inggeris mestilah bukan hanya semata-mata menginginkan pelajarnya mendapat gred A di sekolah, namun mendapat gerd A di luar sekolah.

Berdasarkan kepada beberapa faktor yang diutarakan, maka bolehlah disimpulkan disini bahawa kegagalan PPSMI bukannya silap dasar yang dijalankan kerana pelbagai usaha yang menelan belanja berjuta-juta ringgit sering dipertingkat, tetapi kegagalannya adalah berpunca dari perlaksanaannya di peringkat permulaan ia diperkenalkan dan dijalankan oleh Kememnterian Pelajaran Malaysia pada ketika itu. Hal ini telah dibuktikan melalui beberapa faktor yang telah kita lihat sebentar tadi.

Oleh:-
Muhammad Syahir Bin Ghani
qalam irama
10.34 a.m. 3 Ogos 2009