Friday, October 16, 2009

Erti Islam Dan Syarat - Syaratnya

Pelajaran 2


Erti Islam


Islam ialah mengaku dengan lidah serta membenarkan dengan sepenuh hati, bahawa segala perkara dan ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW itu adalah benar datangnya dari ALLAH, Tuhan yang menjadikan sekalian alam ini.


Syarat - Syarat Islam


Adapun syarat - syarat Islam itu ada enam:
  1. Sampai Umur
  • iaitu sama ada dengan sampai atau cukup tahun menurut hitungan tahun hiriah.

2. Beraqal

  • iaitu orang yang siuman dan waras fikirannya
  • maka tiada sah Islam baki orang gila, kanak-kanak dan orang mabuk

3. Pilihan Sendiri

  • iaitu dengan kemahuan dan keinginan diri sendiri
  • maka tiada sahlah Islam seseorang yang dipaksa memeluknya

4. Mengucap Dua Kalimah Syahadah

  • iaitu mengucapkan
  • Maksudnya: Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan ALLAH dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu pesuruh ALLAH

5. Tertib

  • iaitu ucapan syahadahnya mengikut turutan yang sebetulnya.
6. Mauilah
  • iaitu berturut-turut sebutan dua kalimah syahadah itu
  • yang demikian tidaklah sah dua syahadah bila bercerai dengan yang lain atau berhenti diantara keduanya itu.

Sember Rujukan

Mutiara Tauhid 1

oleh: -

Abi Luqman

dicetak oleh:-

Ketereh Jaya Sdn. Bhd.

Kota Bharu,

Kelantan.

No comments: