Monday, March 29, 2010

TEMAN TIADA PENGGANTI

TEMAN TIADA PENGGANTI I

cerite di suatu petang...
ade ler kwn ana ni...
minta ana bikin satu citer..
so, skang nie, ana nak realisasikan impian teman ana tue..
citer nie hanya rekaan semata,
dan tak ada kena mengena dengan yg hidup
mahupun yang dah meninggal dunia...
semoga antum sumer terhibur...



Mentari pagi sudah membawa sinar kebahagiannya. Burung-burung berkicauan menyanyikan irama bahagia. Khalif Erfan termenung sendirian di jendela. Dia termenung mengagumi keindahan ciptaan ILLAHI. Pohon menghijau. Udara segar mendamaikan. Tiada ungkapan lain yang mampu dilafazkan melainkan kalimah kesyukuran yang tak terhingga kerana masih diberi peluang buat merasai nikmat kehidupan hingga ke saat ini. Timbul sekelumit kekesalan atas setiap detik yang berlalu tanpa dimanfaatkan sepenuhnya. Masih dia ingat, suatu ketika dulu, dia pernah kehilangan arah kerana perginya sinar yang selama ini menerangi kehidupannya. Kedua Ibu bapanya, pergi menghadap ILLAHI serentak. Dia hidup sebatang kara tanpa kasih sayang insan yang bergelar Ibu dan Ayah.

****************

"Tok imam, Khalif tu dah melampau. Di sekolah dia membuli anak-anak kami, di kampung ni pula dia mengganggu anak-anak dara kami. Kita cakap baik-baik dia tak nak dengar. Mungkin dia nak kita gunakan kekerasan." ujar salah seorang penduduk yang bertandang ke rumah Haji Salleh.

"Jangan Samad. Kekerasan bukan cara terbaik untuk kita selesaikan masalah ni. Lagipun, Khalif tu budak yang baik. Kamu pun tahu. Dulu dia tak pernah macam ni. Semenjak ayah dan ibunya meninggal, perangai dia berubah. Mungkin dia perlukan perhatian. Kita kena selami jiwa dia." tenang sahaja nada Haji Salleh.

"Tok, sampai bila? Kita berlembut sangat. Itu yang dia pun tak makan saman."

"Tak perlulah kamu nak ikutkan sangat nafsu amarah kamu tu, tak ada gunanya. Khalif tu dah besar. Memukul dan menghukum macam yang kamu sarankan tu takkan berkesan bagi dia. Lagi dipukul lagilah menjadi-jadi. Taulah saya nak menyelesaikannya."

"suka hati toklah... Jangan sampai ada benda tak elok jadi dalam kampung ni sudahlah. Kami balik dulu. Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam.." Haji Salleh hanya memerhatikan mereka meninggalkan perkarangan rumahnya melalui jendela.

"ayah, ada apa tadi? Marah betul Pak Samad tadi. Apa yang dibincangkan?" Soal anak bongsunya yang baru melangkah masuk ke ruang tamu.

"Apa lagi, Azam. Tentang kawan kamu, si Khalif tulah. Kamu tolonglah dia apa yang patut. Dia tu budak yang baik. Cuma sejak ayah dan ibunya meninggal dia jadi macam tu. Mungkin dia perlukan perhatian dan kasih sayang."

"Insya-ALLAH, ayah. Azam bantu apa yang patut."

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Malam itu, seperti biasa Azam ke Masjid bagi menunaikan solat berjemaah. Dalam perjalanan pulang ke rumahnya, dia sempat menyinggahkan dirinya di rumah Khalif.

"Assalamualaikum... Khalif.."

"Waalaikumussalam... kau nak apa datang rumah aku malam-malam buat?" bentak Khalif.

"Khalif, aku nak cakap sikit dengan kau."

"Cakaplah cepat. Aku ngantuklah. Kau ni... ada saja!"

"Khalif, aku terkilan dengan sikap kau sekarang ni. Kau selalu ponteng kelas. Kau buli budak-budak kat sekolah. Kau kacau anak dara orang. Kau bukan lagi Khalif yang aku kenal suatu ketika dulu. Khalif yang aku kenal dulu amat terkenal dengan suara merdunya dalam mengalunkan ayat ALLAH. Khalif yang aku kenal dulu pandai menghormati orang lain. Ke mana perginya Khalif Erfan yang aku kenal dulu? Khalif, Ibu ayah kau memang dah pergi dari dunia ini, tapi... pertalian antara engkau dengan mereka takkan pernah terputus. Doa anak yang soleh sentiasa mereka harapkan dari anak mereka.Kau anak mereka satu-satunya. Kalau bukan kau, siapa lagi yang nak mendoakan mereka? Khalif, kau mahu mak dan ayah kau diseksa di sana? Khalif, kalaulah mak dan ayah kau ada lagi, tentu mereka sedih tengok kau macam ni. Quran yang dulu jadi teman setia kau, kau gantikan dengan majalah-majalah tak guna ni." Azam menghelakan nafas kerana berjaya melepaskan setiap ketidakpuasan hatinya dengan perangai Khalif selama ini.

Diam. tiada respon dari Khalif. Azam juga hanya membatu menanti respon dari Khalif.

"Belum terlambat lagi untuk kau bertaubat padaNYA, Khalif. Selagi nyawa belum lagi sampai di kerongkong, kau masih punya peluang buat bertaubat, Khalif." Ujar Azam apabila melihat titik jernih kekesalan Khalif mula menitik. Azam lantas memaut bahu Khalif dan memeluknya. Jiwa Khalif ditenangkan Azam dengan kata-kata yang membangkitkan semula semangatnya dan kekentalan jiwanya yang selama ini goyah kerana kehilangan insan tersayang suatu ketika dulu.

**************

Mengingat peristiwa itu, menimbulkan kekesalan yang menggunung tinggi kerana kesilapannya suatu ketika dahulu.

"Assalamualaikum. Hai termenung panjang, Khalif." Sapaan teman sebiliknya yang juga merangkap rakan baik dan teman sekuliahnya di USIM mematikan lamunannya.

"Waalaikumussalam."

"Rindu aku ke termenung jauh tu?"gurau Azam menceriakan keadaan.

"ish! tak de maknanya.. Mak Mah dengan Ayah Leh mana? Tak datang sekali ke? kata nak datang hari ni."

"Mak & ayah sampai petang nanti. Rindu cucu. Diorang pergi jenguk Kak Has."

"Ooooh..."

bersambung...

TEMAN TIADA PENGGANTI II

"Azam, aku lupa nak bagi tahu kau. Baru setengah jam tadi doktor beritahu aku yang dah ada penderma yang sesuai.""ye ke? Siapa yang bermurah hati tu?" soal Azam yang masih ralit membaca akhbar. Matanya tidak lekang daripada tajuk yang sedang dalam pembacaannya."entahlah... Aku tanya juga doktor, tapi doktor kata penderma tu nak identiti dia dirahsiakan.""ooh... dia nak privacylah tu. lambat laun kau tahu juga nanti..." jawab Azam endah tidak endah dengan topik perbualannya bersama Khalif memandangkan tajuk berita di dalam akhbar yang sedang dibacanya lebih menarik perhatian."Kau ni! aku cakap buat tak tahu je!"Khalif meninggikan suara apabila melihat rakannya itu buat tidak endah dengan apa yang sedang mereka perkatakan."Dah tu? kau nak aku respon macam mana?" soal Azam dalam nada sindiran."Ish... Kau ni. Datang-datang je buat sakit hati aku. pergilah belikan aku something untuk dimakan. lapar ni." Begitulah mereka. Bahasa bualan mereka agak kasar. Tapi, yang kasar itulah yang mengeratkan mereka. Sekasar manapun bahasa mereka, tak pernah sekali-kali mereka menggunakan bahasa yang tidak sopan dalam perbualan seharian."yelah. Kau ni, tak boleh tengok orang senag sikit. Ada saja." Ujar Azam sambil meletakkan surat khabar ke atas meja kopi yang berdekatan lalu mencapai kunci kereta yang turut diletakkan di atas meja tersebut.

**************

Aleisya merenung ke luar jendela. Udara pagi itu nyaman sekali. Matahari yang menyinari pagi juga tidak terlalu terik dek kerana kehadiran awan yang membayanginya. Lantas, hatinya memuji ALLAH atas kebijaksanaanNYA mencipta setiap yang ada di langit dan di bumi. Telekung yang digunakan semasa menunaikan solat Dhuha sebentar tadi tidak terus ditanggalkan. Terniat di hatinya untuk membaca surah Al- Waqiah diikuti dengan menghafal surah Al-Kahfi yang masih bersisa beberapa ayat sahaja lagi. Sempat juga dia termenung sebelum mengalunkan ayat suci itu. Teringat dia pada seorang insan. Insan yang kini merantai jiwanya dengan perasaan yang tak dapat diluahkan.

Khairil Azam Khaidir. sepotong nama yang menggamit perasaannya. Segera dia beristighfar apabila menyedari al-Quran masih dalam pegangan. 'Astaghfirullah hal azim.. kenapa mesti aku mengingatinya. Dia bukan hak aku. Dia hanya tunangku. Tunang tidak bererti dia halal bagiku.' ungkap hati Aleisya menyedarkannya dari Khayalan palsu bisikan sang Azazil. Segera dia menatap Mashaf suci itu lalu dialunkan Kalam ALLAH itu dengan tajwid yang betul. Sugguh merdu alunannya. Selesai membaca, Dia menyelak ke halaman surah al-Kahfi bagi menyambung bacaannya yang hanya tinggal beberapa ayat lagi. Selesai menghafaz, di mentadabbur pula intisari ayat-ayat yang dibaca sebentar tadi bagi memahami sepenuhnya Kalam ILAHI yang diwahyukan kepada junjungan besar Nabi Muhammad itu.

Belumpun sempat Aleisya menyimpan al-Quran di tangannya, tiba-tiba telefon bimbitnya berdering minta diangkat. Terkocoh-kocoh dia mendapatkan telefon bimbit yang berada di dalam bilik tidurnya. Mujurlah dia tidak jatuh kerana memijak kain telekungnya yang berjuraian. Panggilan diangkat. Nombor yang tidak dikenali.

"Assalamualaikum." Salam dihulurkan buat si pemanggil.

"waalaikumussalam. Enti apa khabar?" Suara garau menyahut salamnya.

"Saudara ini siapa?" Soal Aleisya. Dia meragui pemanggil yang sedang berada di talian.

"Takkan buat-buat lupa. Malik. your secret admirer." Ujarnya selamba tanpa sekelumit rasa segan silu.

"Malik, Kalau tiada hal penting yang ingin dibincangkan, tidak perlulah awak menghubungi saya. noktah." Panggilan ditamatkan. Tidak sanggup lagi rasanya terus membiarkan dosa menjalar ke dalam jiwa. Istighfarlah pembersih jiwa yang dinodai setitik khilaf diri yang tak sempurna ini.

Segera ditanggalkan telekung yang membaluti tubuh. Disangkutnya di ampaian di kamar peraduannya yang sederhana besar. Dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi di hadapan laptop di atas meja belajarnya sambil mengikat Rambut ikal mayangnya. Tangannya mula menekan tetikus bagi menyambung semula tugasan yang tergendala sebentar tadi kerana dia pergi menunaikan solat Dhuha yang sudah menjadi rutin hariannya. Matanya tidak jemu menatap skrin lap top miliknya yang dihadiahkan oleh kedua ibu bapanya buatnya yang tidak pernah mengecewakan kedua ibu bapanya. Terdetik pula di hatinya untuk membuka email yang sudah lama tidak dikemaskini kerana kesibukannya di dewan kuliah. Kekunci huruf ditekan menaip ID yang tidak asing lagi buatnya. Belum sempatpun dia menghela nafas lega di atas kejayaannya menyiapkan tugasan, dia terpana menatap skrin ladtopnya. Mesej pertama di peti melnya membuatkan jantungnya bagai mahu luluh.

bersambung...

TEMAN TIADA PENGGANTI III

Azam merenung ceiling biliknya. Kosong. Tiada warna ceria. umpama hati yang sedang rawan, mengenang rakan baiknya yang terlantar di hospital. Terngiang-ngiang di telinganya perbualan bersama Dr. Safwan, Doktor yang merawat Khalif,

***************

"En. Azam, saya tak sarankan encik mendermakan sebahagian hati encik untuk En Khalif. Encik menghadapi masalah jantung. Risikonya tinggi."

"Saya sanggup tanggung risikonya doktor."

"Segalanya terpulang pada kamu. Tetapi, saya lebih sarankan kamu tidak mendermakan sebahagian hati kamu. Fikirlah dulu."



"insya-ALLAH, doktor.. apa-apa hal, saya akan hubungi doktor." Ujar Azam sambil bersalaman dengan Dr. Safwan.

**********

Perlahan-lahan dia bangun dari tilam empuknya menuju meja tulis di sisi katil. Ditatap selembar kertas putih. Pen mula ditarikan mengikut rentak kata hati. sebaris demi sebaris kata tercoret di atas selembar kertas putih. Dari selembar ke selembar lagi. terlalu banyak yang ingin dicoretkan. coretan yang mungkin coretan terakhir buat insan bergelar teman, juga coretan buat ayah dan bonda tercinta serta tunang yang dicintai kerana ALLAH. ligat di fikirannya menyusun kata buat menyampaikan hasrat murninya kepada kedua orang tuanya. Perlahan kakinya melangkah keluar dari kamar tidurnya, langsung mencapai kunci kereta untuk membawa diri bertemu bonda dan ayahanda tercinta di rumah kakaknya.

Perjalanan lebih kurang 30 minit menuju rumah kakaknya yang terletak di Puchong memberi ruang buatnya menyusun baris kata yang bakal diungkapkan pada ayah dan bonda.

"Assalamualaikum.." salam dihulur.

"Waalaikummussalam.." penghuni rumah teres dua tingkat yang sedang menjamu minum petang menyahut salamnya.

" ha.. zam. Kenapa lambat?" si ayah menyoal si anak yang baru mengambil tempat disisinya.

"ada hal tadi.." diam sebentar. Azam berjeda sebentar. "Ayah, Mak,kak.. Azam nak dermakan hati Azam pada Khalif." setakat itu. patah katanya terhenti di situ.

"tapi Zam.. kamu tu ada masalah jantung. Risikonya tinggi..." ujar si kakak membuahkan gusar yang bertapak di hati.

" Azam tahu. tapi.. Azam tekad. Nak dermakan hati untuk Khalif. Khalif lebih memerlukannya,.."

"Azam.. ayah tak halang. Ayah izinkan. Azam memang anak yang baik,.. ayah izinkan Azam untuk jadi kawan yang baik. Ajal, maut.. semuanya ketentuan ALLAH." wajah anaknya ditatap.

"terima kasih, ayah. Mak?"

"Mak pun macam tu.. Mak tak halang. walaupun hati mak berat nak benarkan..." ada hiba di baris katanya.

"terima kasih, mak.. ayah" didakapnya kedua ibu bapa tercinta. Mungkinkah ini dakapan terakhir, yang bakal dirinya rindui.

Teman Tiada Pengganti IV

Haji Salleh mundar mandir di luar bilik bedah. menanti keputusan dari doktor tentang keadaan dua insan tersayang di dalam dewan bedah.



"Duduklah, bang. Jangan mundar-mandir macam ini, lagi risau saya dibuatnya. Insya-ALLAH tak ada apa." ujar Hajah Salmah menenangkan suaminya yang kegusaran. Bukan hati suaminya sahaja yang gusar, malah hatinya lebih gusar daripada suaminya.



"Mah, mah tunggulah kat sini. abang nak pergi surau. solat. tenangkan diri. kalau ada apa-apa nanti cari abang kat sana." Haji Salleh membuka langkah menuju ke surau hospital yang terletak beberapa meter dari situ.



Namun, niatnya terbantut tatkala mendengar pintu bilik bedah dikuak. Dia lantas merapati doktor yang baru sahaja keluar dari dewan bedah untuk mendapatkan khabar tentang dua insan yang disayanginya.



"Doktor, macam mana anak-anak saya?"soal haji Salleh.



"Pak cik..Alhamdulillah Khalif masih berpeluang melihat dunia...." doktor berjeda sebentar.



"Azam? Azam macam mana doktor?" Soal Hajah Salmah. Ada hiba dalam bicaranya. Naluri ibunya seolah-olah memberitahunya Azam telah tiada. Tapi, dia masih inginkan kepastian.

"Saya harap, Pakcik dan Mak cik bersabar. Kami dah cuba sedaya upaya untuk selamatkan Azam. Tapi, kami tak mampu menyalahi takdirNYA. Azam meninggal dunia kerana komplikasi jantung yang dialaminya akibat daripada suntikan bius sebelum pembedahan. Jantung tidak dapat berfungsi semula setelah dibius dalam jangka masa yang agak lama. Saya harap Pak Cik dan Makcik bersabar." seusai memberi penjelasan, doktor itu meminta diri.



"Innalillahhiwainnailaihirajiun.."



"Mak cik, sabarlah.. doakan semoga Azam ditempatkan bersama mereka yang soleh." ujar Aleisya. Dia bukan sahaja cuba memujuk kedua orang tua Azam, tapi dia turut cuba memujuk dirinya.

"Aleisya, kalau Azam ada hutang apa-apa pada Aleisya, Aleisya tuntut pada makcik dan pakcik. Kami akan bayar apa yang kami mampu. Insya-ALLAH" Ujar Haji Salleh.



"Pakcik.. Azam tak pernah hutang apa-apa pun pada saya.. tapi, saya yang banyak terhutang budi pada dia. Dia banyak tolong saya dan keluarga semasa kami susah dahulu. Saya tak tahu macam mana nak balas jasa Azam pakcik." Air matanya yang tadi bertakung di kolam mata, kini gugur berjuraian membasahi pipi.



"nah. Azam tinggalkan kamu surat ini." ujar Hajah Salmah sambil menyerahkan sepucuk surat kepada Aleisya.

Assalamualaikum..

mungkin saat Aleisya menatap warkah ini, saya telah pun berangkat menyertai ibubapa Aleisya. Bisakah seandainya saya titipkan Mak dan Ayah dengan Aleisya? Aleisya anggap saja Mak dan Ayah saya seperti ibu dan Ayah Aleisya yang pergi beberapa bulan yang lalu.

Maafkan saya kerana selalu menyusahkan Aleisya.Harapnya Aleisya redha dengan ketentuan ini. Rasanya tiada apa yang perlu dibicarakan lagi.sekali lagi saya memohon berjuta kemaafan dari saudari atas tingkah saya yang menyakiti hati saudari.

wassalam..
Khairil Azam Khaidir

******************

Kornea matanya menangkap sinar mentari. Di sisinya seorang wanita separuh abad sedang mengemas sesuatu. Dia yakin itu pasti Mak cik Salmah.



"Mak Mah,..." ungkapnya dalam tersekat-sekat.



Hajah salmah memandang ke arah Khalif saat telinganya menangkap suara insan yang dirindui. Hampir seminggu Khalif hanya terbaring lesu di atas katil. Khalif membisu tanpa sepatah bicara yang meluncur dari lidahnya. Hajah Salmah rindukannya. Kini, Khalif sudah sedarkan diri.
Alangkah gembiranya hati Hajah Salmah tatkala melihat senyuman yang terukir di bibir anak muda yang sudahpun dianggap sebagai anaknya sendiri.



"A..Zam mana?" soal Khalif.



"Khalif..." Hajah Salmah berjeda sebentar.

"Azam mana Mak Mah?" soal Khalif.

"Azam dah tak ada." pendek jawapan hajah Salmah

"Apa maksud Mak Mah?"

"bacalah surat ni.. nanti kamu tahulah.." Hajah Salmah mengesat air mata nya lalu menyerahkan surat yang diamanahkan anaknya kepada Khalif.

assalamualaikum...

Apa khabar? harap kau dah sihat sepenuhnya. masa kau baca surat ni mungkin aku dah tak ada lagi di atas muka bumi ALLAH. mungkin aku dah pun mengikut jejak mak dan ayah kau. aku tak nak kau salahkan diri kau sendiri. ini takdir dan ketentuan ALLAH. kau perlu redha hadapinya. Kau patut bersyukur, sebab kau ada Mak Mah dan Ayah Salleh. Kau jaga mak dan ayah elok-elok. Aku amanahkan mereka pada kau. Janganlah kau ulangi kesilapan kau yang dulu. Aku pergi kerana memang sudah tertulis aku akan pergi. dan engkau masih bertapak di bumi tuhan kerana sudah tertulis umur kau masih panjang. Tiada siapa yang wajar dipersalahkan. ingat! Qada' dan Qadar ALLAH, kita takkan mampu menolaknya. memang hanya manusia yang merancang dan ALLAH yang menentukan.
dan ini adalah ketentuannya. aku nak mohon berjuta kemaafan dari kau seandainya aku sering membuatkan kau terluka. aku tahu aku bukan sahabat yang baik. maafkan aku....

wassalam...
sahabatmu,
Khairil Azam Khaidir

"Mak mah.. Azam?... Azam ke yang dermakan hati untuk Saya Mak Mah?"



"Ya.. Dia sebenarnya tak nak kamu tahu. Tapi, Mak Mah tak nak rahsiakan ini dari kamu.."



"Mak Mah.. saya janji.. saya akan jaga mak mah dan ayah salleh macam mak ayah saya sendiri. itu saja yang mampu saya buat untuk balas jasa Azam..... "


"Insya-ALLAh, lif.. doakan dia bahagia di sana.."

+ THE END +

Sebuah Karya Oleh

Nursyafiqah Saiful Anuar

2 comments:

Nurul Izzati Atan said...

salam...sgat terharu...itulah seorang sahabat yg sejati...

::NABILA RAIHAN :: said...

salam.mohon copy artikel ni:)