Monday, July 27, 2009

1:Transformasi Seorang Mahasiswa

Bismillah Pembuka Kata
Assalamualaikum Pemula Bicara

Bercakap kita sekarang ini tentang suatu transformasi yang ingin sekali kita lihat terjalin dalam diri seorang mahasiswa agar seorang mahasiswa itu tidak hanya menjadi seorang yang bijak pada pointernya tetapi juga bijak pada segala dan segenap aspek. Maksudnya disini, seorang mahasiswa tidak hanya boleh bergangtung pada keputusan peperiksaan semata-mata, tetapi kita juga perlu melebar sayap dan mengembangkan bakat sebagai contohnya disini, apabila diminta mengurus sesuatu program kita mampu melakukannya dengan baik dan terpuji sehinggakan kesan daripada kerja yang kita lakukan itu senantiasa menjadi contoh dan ikutan sepanjang zaman.

Dalam rangkap seterusnya ini, saya sebagai seorang mahasiswa UTM, ingin menggariskan beberapa pendapat yang dibawa oleh Professor Dato' Dr Ir Zaini Ujang, Naib Canselor universiti teknologi Malaysia, yang mana, sekarang ini beliau begitu pantas hendak mewujudkan suatu budaya baru dikalangan warga UTM itu sendiri bukan sahaja kepada mahasiswa yang sedang belajar bahkan juga kepada seluruh kakitangan warga kerja UTM yang sama-sama membawa identiti UTM walau dimana mereka berada di dalam bukunya yang bertajuk "Menghayati Budaya Ilmu, Faham Ilmu, Amalan dan Panduan",2009.

Bagi menghayati gugusan perkataan "Transformasi seorang Mahasiswa", seseorang mahasiswa itu sendiri perlu memahami konsep dan makna kepada perkataan MAHASISWA yang sedang dipegang title itu dalam diri mereka sekarang. Apa yang kita perlu faham??? Apa itu MAHASISWA??? Adakah seorang MAHASISWA itu seorang yang begitu mulia darjatnya??? Cuba kita tanya diri kita kembali, adakah kita layak bergelar seorang anadi kata kita berjaya menenpatkan diri kita dalam sesebuah institusi pengajian tinggi??? Adakah begitu ataupun masih ada lagi perkara lain yang perlu kita penuhi sebelum layak bergelar seorang MAHASISWA??? Jawapannya YA, ini kerana seorang MAHASISWA itu bukan hanya seorang pelajar yang belajar di mana-mana institusi pengajian tinggi semata-mata namun, seorang mahasiswa perlulah memenuhi beberapa kriteria lain yang penting seperti contohnya seorang MAHASISWA mestilah seorang yang peka pada waktunya, seorang yang berakhlak dan berketrampilan mulia, berbudi bahasa, bijak tutur bicara dan mampu untuk menghadapi sesuatu yang sebelum ini tidak pernah diduga. Mungkin banyak lagi kriteria-kriteria yang mungkin boleh kita hayati dan renungi dan juga dipatri dalam diri agar sesuatu ilmu itu tidak akan terkubur begitu sahaja tetapi terus berbungan di masa hadapan dan waktu mendatang.

Bersambung...

No comments: